heartbeat.

Wednesday, January 20, 2016

Solo Rider from Kajang to Mersing with Fz150i

Perjalanan ke Mersing

Salam, dah lama sangat tak update blog ni.. boleh dikatakan setahun sekali, haha.. Kali ni nak share pengalaman solo rider to Mersing, Johor dari rumah aku di Kajang. Hajat sebenarnye dah lama dah, sejak dari bini aku pantang anak pertama.. hehe.. Tapi disebabkan tak sempat dan wife pun tak galakkan, so pendam je dulu, sampai la wife aku sekali lagi pantang kat Mersing untuk anak kedua plak.. Aku nekad.. hehe.. So, aku amik kesempatan di atas cuti Keputeraan YDP Negeri Sembilan ari tu (14/1/16) campur aku amik 1 hari cuti rehat hari Jumaat, plan nak ride ke Mersing pun tercapai

Tap lampu led box dekat wayar lampu belakang

Disebabkan preparation last minit, tak banyak yang boleh dilakukan, minyak hitam pun aku tak tukar (sebab baru 1k lepas tukar aritu), cuma mujur aku dah tukar sport rim lebar + tayar corsa 123 hari tu, so aku yakin dengan ketahanan tayar ni. Ape yang aku boleh buat sebelum pergi hari tu adalah connect balik lampu led dekat box, supaya terang sikit kalau kereta tengok dalam gelap (plan nak gerak subuh). Berangan nak buat kelip2 sambung dekat lampu flash yang biasa pasang dekat basikal tu, tapi tak berjaya.. tak tau kenapa, sebab die tak support kot nak nyalakan led strip yang lebih banyak tu.. tak tau la kenapa, elektronik bukan aku tau sangat pun. Ape pun mlm sebelum hari kejadian tu, aku berjaya nyalakan balik led pada top box aku tu, siap pukul 2 pagi. Lepas siap tu, aku topup coolant, dan spray kan sikit minyak kat rantai, itu je.

Ni hasilnye lepas dah siap pasang
Siap semua preparation termasuk kemas baju dan sebagainya kul 3.30 pagi, gila punya kerja, esok berangan nak ride subuh la konon, dalam hati pasrah je kalau terbangun lewat. Tapi miracle nye aku berjaya bangun kul 5.30 pagi sebab phone aku memang setiap hari set alarm time tu, cuma x tau time ni boleh terbangun plak.. haha..mungkin excited nak ride kot, maklumlah dah lama mengidam nak adventure solo rider. Siap mandi n solat semua, aku pun ambik bag galas, pakai glove, jacket kulit aku, helmet, dan tak lupa baju hujan (wajib ni), air masak 2 botol, cacing untuk repair tayar dan pump kecik memang dah standby bawah seat dan dalam box, lepas tu aku amik gambar odometer jap (sebab nak rekod jauh perjalanan), 6.45 aku pun take off dengan motor FZ150i aku ni,  di iringi doa naik kenderaan, aku pun memulakan perjalanan dengan minyak penuh yang dah tuang siap2 semalam

Ambik gambar millage dulu sebelum gerak

Masa ni perasaan excited and happy je.. haha.. lama beb menyimpan hasrat, maklumlah dah berkeluarga nak balik kampung kene la naik kereta. Disebabkan suasana masih gelap time ni, maka banyaklah serangga melekat dekat visor aku ni, berhenti jap dekat signboard sempadan Negeri Sembilan, aku lap sikit visor, masa ni nampak lampu box terang menyala, rasa puas hati plak.. haha. Syok oo.. bawak pagi2 tengok matahari naik, cuma time ni musim panas, so kabus tak ada sangat.. kalau tak sayu je rasa macam selalu pagi2 aku gi kerja dekat Seremban.

Di sempadan Selangor - N. Sembilan.. mengerlip lampu box..haha

Dalam perjalanan, target nak cari sarapan dekat Kuala Pilah, so dalam pukul 7.15 am aku dah masuk simpang Kuala Pilah, igt nak berhenti jap dekat Petronas, tapi tak jadi.. aku terus kan perjalanan, sampai jumpa sigboard Jambatan Kedua Tertinggi di Malaysia, aku stop jap ambik gambar, jalan masa ni kene mendaki sikit, (masa ni kabus berarak kat atas kepala, rasa macam kat Cameron plak time ni) lepas lalu simpang Bukit Putus, aku lalu kawasan Ulu Bendul, igt nak berhenti amik gambar, tapi malas sebab baru lepas stop tadi.. hehe.

Anda sedang menyeberangi Jabatan Kedua Tertinggi di Malaysia

Dah lepas Ulu Bendul, maka akan terjumpa lah view sawah di kiri dan kanan jalan, tak sangka ada warung tepi sawah rupanya, pe lagi terus masuk signal, singgah sarap. Nama warung die pun D'sawah. Pengalaman terbaik, bila lagi nak dapat sarap tepi sawah.. dengan suasana nyaman pagi dan view sawah, laju je milo panas dan roti sardin tu masuk perut, .. Semuanya RM4.20, dlm hati murah juga.. sempat gak snap satu dua gambar. Lepas tumpang buar air kecik jap, aku start balik perjalanan.

Layan milo panas + roti sardin di tepi sawah.. owsem utk org bandar mcm aku ni..hehe

Sempat jugak stop depan Istana Meranti, amik gambar motor tepi sawah jap, and then terus kan perjalanan. Sampai satu simpang traffic light, aku masuk kiri ikut jalan alternatif nak ke Jempol (jalan ni senang sikit, tak lalu pekan Pilah). Perjalanan di terus kan, and plan nak stop dekat sigboard Bandar Seri Jempol. Tak tau kenapa, aku rasa macam cepat plak nak sampai.. hehe.. meter tak cecah 100km lagi. Lepas lalu sekolah teknik ke vokasional ntah, nanti dah kene berjaga2 tgk signboard nak masuk simpang ke Jempol, kalau terlajak nanti kang ke Kuala Klawang plak.
Sawah depan istana.. nampak tak kabus tu.. sejuk beb

Nampak je signboard Jurutera Daerah Jempol kot, masuk kanan dan terus je, nanti jumpa simpang 4.. Kalau smpai simpang 4 ni pada aku dah kira macam separuh perjalanan lah.. aku rasa macam cepat plak, kalau naik kereta punyalah terasa macam jauh. Masa ni meter menunjuk dah 115km, jam pukul 8.55am.. Ambik gambar jap, aku pun terus kan perjalanan ke Muadzam.

Selamat sampai Jempol
Dalam perjalanan ada z800 potong, pergh laju gila mamat tu bawak.. aku selamba bawak santai 110 - 120 km/j, kejap pakai gear 5 jap masuk gear 6, sebab jalan agak berbukit2 sikit tapi masih cantik. Masa ni, view ladang kelapa sawit yang baru nak naik, seluas mata memandang menemani perjalanan. Sempat gak berhenti jap ambik gambar.


Pemandangan terbaik menemani perjalanan

Tak lama lepas tu, pukul 9.15 am, tiba dekat sempadan Rompin, terasa dah jauh rupanya perjalanan bila nampak signboard kawasan Pahang Tenggara.. tak sangka dah masuk Pahang rupanya aku. Hehe.. tak lepaskan peluang, ambik gambar jugak dekat signboard sempadan ni. Meter menunjukkan dah 142km.


Selamat Datang Wilayah Pahang Tenggara

9.55 am, aku nampak signboard sempadan daerah Muadzam Shah.. lebih kurang beza 46km dari signboard daerah Rompin tadi. Meter dah 198km.. dalam hati ada lebih kurang 100 lebih km lagi.. Perjalanan diteruskan. Target nak stop dekat simpang Leban Chondong nanti. Masa di Muadzam ni nanti akan lalu banyak Felda dan diantara lokasi yang bas ekspress selalu berhenti adalah di Felda Keratong. Selain tu, akan lalu juga Bandar Satelit Muadzam bersebelahan dengan Uniten. Setiap kali aku lalu, makin maju bandar ni.. dulu kosong je, sekarang kedai dah penuh dan ada kfc. Lepas lalu Uniten, akan jumpa ladang Mardi di kiri dan kanan.. sekali lagi pemandangan terbaik membuatkan perjalanan terasa sekejap.

Ladang Mardi

Dah lepas lalu Mardi ni, perjalananan akan terasa bosan sikit sebab lalu kampung-kampung orang asli, dan pemandangan pun hanyalah pokok-pokok je dikiri dan kanan. Kalau motor rosak kat sini, naya beb.. nak jumpa kedai pun payah kat sini, orang lalu lalang pun jarang..huhu.. Masa ni malas plak nak berhenti amik gambar dekat signboard kampung org asli.. Bosan-bosan, zikirlah sikit atas motor tu.. hehe.. Jarak dari signboard Muadzam dengan simpang Leban Chondong tu dalam 60km, kalau nampak dah banyak papan tanda jual udang galah tu, dah nak dekat sampai la tu. Akhirnya, sampai jugak simpang Leban Chondong, terasa puas hati dan lega.. maklumlah dah keluar simpang ni, banyaklah jugak jumpa rumah orang, sekolah dan sebagainya. Masuk kanan nak ke Kuala Rompin, kalau masuk kiri  nak ke Kuantan, iaitu jalan yang biasa orang Kelantan atau Terengganu lalu kalau datang dari Johor. Aku rest jap, matikan enjin, bukak helmet, betulkan pinggang ape yang patut, minum air yg bawak dari rumah.

Simpang Leban Chondong

Jalan ke arah Endau Rompin

Aku meneruskan perjalanan, lepas lebih kurang 5 minit rehat. Mcm terperasaan Mersing die tulis lagi 80km.. Masa ni akan terperasan ada sungai besar belah kanan.. Rugi plak tak stop ambik gambar, sebab aku nampak ada awan hitam kat depan, mcm nak hujan, sebab tu tak jadi berhenti. Patutlah banyak orang jual udang galah kat sini. Aku target nak stop lepas jambatan nanti, jambatan ape pun aku tak tau ape namanya, tapi die macam sempadan antara Johor dengan Pahang. Kalau nak gi Pulau Tioman naik dekat Tg. Gemuk sebelum naik jambatan. Plan nak ambik gambar atas jambatan, tapi tak boleh berhenti, kecik jalan die. Turun je jambatan, nampak signboard Selamat Datang ke Johor Darul Takzim.. Alhamdulillah..dah masuk Johor. Masa ni betul2 meter menunjuk 300km tepat. Minyak masih ada separuh lagi.. terbaik, fz memang jimat minyak.. so aku pun tak stop nak isi minyak dan meneruskan perjalanan.

Yeah.. JDT!!
Perjalanan di teruskan.. nanti akan lalu bandar Endau.. masa ni aku estimate mungkin ada 40 min lagi perjalanan, so aku ambik keputusan nak singgah Penyabong.. dah alang-alang bawak motor ni, pe salahnya kalau singgah jap ambik gambar kenangan, walaupun masa ni dah beberapa kali aku melepasi kawasan awan hitam.. Aku suka suasana area ke Penyabong ni sebab nanti akan jumpa kawasan padang ragut, kat situ nanti ada kambing biri2, lembu, kuda pun ada.. terasa macam ala-ala New Zealand sikit.. haha.. Sebelum nak sampai simpang ke Penyabong (tak silap die tulis Tanjung Resang kot signboard tu), nanti akan lalu kawasan banyak monyet.. kalau jumpa monyet tu, standby lah..dah dekat la tu nak masuk simpang.

Alhamdulillah.. nak sampai Penyabong dah

Kepuasan jelas terpancar, masa ni kambing tak banyak

Alhamdulillah.. sampai sudah tempat padang ragut yang aku rasa cun boleh ambik gambar.. Aku stop jap, pasang monopod, ambik satu dua gambar lebih kurang je, pasal lembu banyak lalu kat simpang depan tu, cuak jugak aku die ramai2 sondol motor kang, naya.. dah lah motor warna merah..haha.. Perjalanan di teruskan, sebab niat nak sampai jeti. Masa ni kene hati-hati, sebab lembu dengan kambing bersepah beb tepi jalan.. orang sini memang biar lepas je.. free n easy je kambing buat aktiviti kat sini. Lepas tu akan lalu dua jambatan, cantik gak view kat sini.. ada gak mamat photographer berhenti ambik gambar.

Pemandangan menarik on the way nak ke Jeti

Akhirnya sampai jugak dekat Jeti Penyabong, terasa hilang semua penat bila sampai sini, igt nak lepak makan keropok lekor dengan cucur udang, tutup plak, sebab die bukak petang. So ambik gambar je lah.. Aku duk satu spot je, sebab malas nak gi spot lain, dah tak sabar nak jumpa anak bini dekat rumah mak mertua aku, lagipun takut hari hujan.. tepi laut ni bukan boleh jangka, serta merta je cuaca boleh berubah.

Inilah jeti Penyabong

Bukti penjimatan minyak fz, minyak ada separuh lagi lepas 341km perjalanan
Dalam 10 min lepas layan angin laut jap, aku pun meneruskan perjalanan ke Kg. Tenglu Mersing, iaitu lokasi rumah mak mertua aku. Jarak dari simpang nak ke Penyabong ni ke rumah mak mertua aku ni ada lagi dalam 20km rasanya. Bapak mertua aku cakap dari Penyabong ni boleh tembus ke air papan, lalu kawasan hutan sikit, tapi disebabkan aku pun tak familiar jalan tu, ikut jalan biasa lah. Jalan akan sedikit bengkang bengkok, kalau jalan dah start lurus, standby lah.. nak dekat sampai la tu.. Aku punya benchmark nak tau dah nak sampai ke belum adalah surau tenglu dengan pondok bas, kalau dah nampak tu baik slow.

Alhamdulillah, sampai rumah mak mertua di Jalan Abd Aziz, Kg. Tenglu, Mersing
Bacaan meter perjalanan menunjukan 365KM

Alhamdulillah, dalam pukul 12tghr, aku selamat sampai rumah mak mertua aku, masa sampai tu, senyap je, maklumlah semua tak tau aku nak balik kampung dengan motor..hehe.. Terkejut wife and bapak mertua aku. Wife aku nak marah pun tak terkata ape, sebab dah sampai.. haha.. Anak aku tengah tido, kalau tak excited die tengok aku balik. Total perjalanan dari Kajang, campur singgah Penyabong ke Mersing adalah 365km, minyak masih boleh pergi dalam 50km lagi, sebab aku pernah test motor aku boleh sampai 410km (tank belum kosong sepenuhnya). Sempat jugak hari Sabtu tu, aku ke Bandar Mersing dengan Air Papan jap, ambik gambar kenangan.

Dekat bandar Mersing di tepi Sungai

Antara tarikan terbaru di Mersing
Sawah di Air Papan

Perjalanan Balik Kajang

Cuti pun nak habis, pagi Ahad 17/1/2016 aku plan nak balik ke Kajang semula, kali ni aku ikut Kluang plak sebab nak singgah Batu Pahat rumah mak ayah aku jap, lagi pun nak jenguk atuk sedara sakit jugak dekat bp. Plan nak gerak kul 7 pagi, tapi jadi 7.20 sebab tunggu bapak mertua balik surau. Sebelum gerak, sempat gak spray rantai jap, minyak dah isi semalamnya, kali ni try ron97 plak. Dengan doa, tayar pun start bergolek. Kali ni, sama jugak, aku rasa macam cepat plak sampai dekat spot2 yang aku rasa lama nak sampai kalau dengan kereta. 7.50am, aku dah sampai Felda Nitar, 8.05am aku dah sampai sempadan Kluang. Terserempak dengan abam polis buat roadblock, tapi kat jalan bertentangan, dalam perjalanan tu ada 2 motor tunggu tepi jalan, buat isyarat tangan..mula2 aku tak paham, dah lama baru aku terpikir rupanya diorang nak elak roadblock tu agaknya, tu yang tanya ada lagi ke tidak tu.. haha.. nasib la..

Tiba di simpang Felda Nitar


Tiba di sempadan Kluang

Jalan agak teruk compared ikut jalan K.Pilah, dah lah bumpy, berlubang plak tu.. malu gak sebagai rakyat Johor, jalan kat Johor tak cantik plak..huhu. Masa ni nak guna gear 6 agak kurang, sebab jalan macam ular, tak boleh nak cruise sangat. Nak potong pun kene hati2. Oleh sebab ikut Kluang, maka keluarlah plan dalam kepala nak sarap dekat Kluang Rail Coffe yang memang famous orang kata sedap kopi and roti bakar die, selama ni dengar orang cerita je, ada sekali tu cari dengan wife, gps tunjuk Kluang Coffe yang restaurant tu plak.. haha.. kali ni aku taram je masuk simpang yang dekat2 dengan jalan kereta api yang melintas bandar tu, berenti tepi jap tanya orang, rupanya betul jangkaan aku, dekat sangat dah dari tempat aku bertanya tu.

Stesen kereta api Kluang, Kluang Rail Coffe kat belah atas tu kedainya

Yeah.. dapat gak gi sini.. classic.. semenjak 1938 tu

8.46am aku pun sampai lah ditempat yang di hajati, kali ni puas hati dapat tengok dengan mata kepala sendiri, memang betul2 tepi landasan keretapi rupanya. Memang klasik betul. Masuk2 kedai, meja semua penuh.. dekat 5 min jugak lah aku tunggu giliran nak dapat duduk. Sebenarnya sebelum aku masuk kedai, aku dah google dah halal tak makan kat sini, sebab dulu pernah kecoh tak halal sebab di dakwa guna majerin ape ntah ada DNA babi. Dah cek, lega, ada artikel pasal Kluang Rail Coffe ni mahkamah dah putuskan halal. Pe lagi, aku pun order air kopi, roti bakar 1, teluar separuh masak 1. Nak jadikan cerita, masa tunggu roti bakar sampai, igt nak jamah kopi lah, sekali tertumpah plak.. huhu.. apa punya nasib, awek yg amik order tu nampak, terus die lapkan, dan aku order 1 lagi kopi.

Owsem combination + nostalgic environment tepi landasan kereta api

Akhirnya dapatlah aku merasa kopi and roti bakar kat sini, memang sedap beb, kaya die memang sedap plus roti die yang garing, terbaik.. Aku siap bungkus roti bakar 4 set lagi, nak bagi mak ayah jamah. Dah habis makan tu, aku pun nak bayar, sekali awek tu kata kopi yang tumpah tu die tak kira, aku cakap janglah macam tu, tapi die insist gak, so rezeki jangan di tolak orang kata.. rezeki orang merantau kot..haha.. Semua RM11, kira murah lah tu pada aku, roti bakar 5 set, kopi 2 cawan, telur separuh masak 2 biji. I'allah, dengan layanan macam ni, memang aku akan datang lagi bawak anak bini lepas ni.. hehe

Kebetulan masa nak balik tu, ada kereta api lalu.. wah chance baik ni, aku pun pe lagi, mintak la 1 brader ni ambik kan gambar, sekali nyonya yang membebel dari tadi kat aku pasal bahaya naik motor bawak jauh2tu suruh aku pergi depan kepala kereta api suh ambik gambar dekat situ, dalam hati bagus gak idea die ni..haha.. Aku pun selfie jap, cuma cadangan nyonya tu suh naik jejantas ambik gambar dari situ je aku malas nak ikut.. cukup lah ape yang ada sebagai kenangan.
P.Pinang 25110 no kereta api.. betul ke kereta api ni sampai ke Penang?? 

Kereta api sudah sampai.. ayuh2
Owyeh.. Selfie dengan kereta api jap..

Perjalanan diteruskan ke Batu Pahat, lebih kurang ada 1 jam lagi, kalau ikut perkiraan, tapi aku rasa 40min je dah sampai rumah aku. Alhamdulillah, sampai Batu Pahat, lepas tengok jap atuk sedara aku, dalam pukul 3.20pm aku gerak dari rumah menuju ke Pagoh. Sempat gak makan tengahari kat umah dengan mandi bagi segar. Aku tengok langit dah gelap macam nak hujan. Seperti yang dijangka, hujan turun sebaik je aku keluar dari Pagoh menuju ke Ayer Keroh. Tapi jap je hujan, sampai Melaka, hujan berhenti.. dekat RnR ayer keroh aku rehat jap, simpan balik baju hujan.



Dari sani ada lagi lebih 40km nak ke exit Senawang. Masa ni minyak ada half lagi dan perjalanan dah 320km, so aku tak isi la minyak masa kat Ayer Keroh, sebab aku tau boleh gi lagi sampai 400km, ngeri jugak sebab lepas jarum minyak dah lebih separuh tank, die akan turun laju sikit.. Aku tengok jarum dah sampai F masa belum sampai simpang Senawang lagi.. huhu.. Alhamdulillah, sempat sampai Petronas Senawang untuk isi minyak, masa ni dah 360km aku rasa. Lepas isi minyak, plan nak layan coconut shake tepi jalan on the way nak ke Lekas, sekali tutup plak, tapi aku tak kecewa sangat la, pasal jam dah 6.30 masa tu, kalau boleh aku nak sampai rumah sebelum kul 7. Masa kat Lekas, jalan basah baru lepas hujan.. fz ni fairing takde, so walaupun hujan dah berhenti tapi jalan basah, seluar boleh lencun gak.. mujur pakai but high cut. Alhamdulillah, seperti yang di rencanakan, aku selamat sampai Kajang pukul 7.00pm. Terus berhenti jap dekat kedai makan, sebab aku tau kalau balik rumah, takde nye rajin nak pikir pasal makan lagi..haha.. Aku order Mee Asam Laksa panas2 + air teh limau panas, pergh.. terbaik time hujan2 ni.. satu ending yang sempurna untuk kembara ini.

Ape pun, syukur diberi peluang merasakan pengalaman begini at least sekali seumur hidup cukuplah, sekurang-kurang boleh cerita kat anak aku, abah pernah naik motor balik kampung.. hehe.. ni merupakan antara perjalanan terjauh aku pernah buat dengan motor fz ni selain ke Johor Bahru dulu. Total perjalanan adalah 785km pergi dan balik.. haha saje aku google dalam google maps jarak ke Krabi, dalam 800 lebih km sehala.. tak jauh dah tu..hehe.. angan-angan tu, tapi kalau ada peluang dan geng yang boleh pergi, Krabi adalah next destination for my personal riding target.

Dalam pada aku riding ni, macam-macam lah tanggapan dan cakap-cakap di lontarkan pada aku oleh orang sekeliling, ada yang kata bahaya, ada yang cerita anak sedara die kene menolak motor dan sebagainya. Memang betul itu lah risiko yang rider perlu sedia untuk hadapi, tapi aku dah prepare dah basic tools if anything happen, yang lain tu tawakal je lah + pengalaman dah bawak motor dari form 3 lagi.. sebab terbukti dah ada rider, perempuan lagi dah bawak fz150i ni keliling dunia.. masa aku menulis ni, die dah kat columbia dah.. fz memang tahan untuk bawak jalan jauh..

Ape pun Syukur selalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...