heartbeat.

Thursday, January 2, 2014

Welcome 2014..




Wah, lama benor dah tak update blog aku ni, daripada berbulan2 sekali, sekarang lepas dah kahwin setahun sekali.. haha.. Pe pun, sempena entry tahun baru 2014 ni, suka aku nak flash back kembali apa yang telah berlaku pada tahun 2013 dalam hidup aku..lebih kepada muhasabah diri sebenarnya



Secara am nya, dalam tahun 2013 ni aku rasa hidup aku ni lebih kepada menguruskan keluarga dan berkerja serta menumpukan pada kerjaya, selain bertungkus lumus mencukupkan gaji bulanan untuk beli barang keperluan rumah serta membayar hutang.. haha.. Peristiwa paling bermakna dalam hidup aku setelah hidup 26 tahun ni, adalah apabila wife selemat melahirkan bayi yang comel bernama Raisha Farihah dan aku telah menjadi ayah pada tahun 2013, iaitu pada 5 November 2013 (1 Muharam-Maal Hijrah).. Alhamdulillah, syukur sangat..tarikh yang sangat cantik..betul2 menghijrahkan aku menjadi seorang bapa, dan parents wife aku jadi datuk dan nenek.. :) (cucu ke-15 Rahman's family). Moga aku dapat jadi seorang ayah yang bertanggungjawab serta pemimpin yang baik dalam keluarga..

Raisha Farihah bt Mohd Rahimi..hehe, ada muka aku tak?

Selain itu, banyak benda dah dapat di setelkan pada tahun 2013 lepas, paling lega dah habis bayar motor FZ150i aku..rasa terharu tengok dekat geran ada nama aku.. haha.. satu2nya aset yang aku ada secara official.. selain tu dapat habis bayar duit kenduri pada ayah, habis bayar beli sofa dan kabinet tv (share dengan wife..hehe), kebetulan awal tahun ritu dapat duit tunggakan kenaikan gaji di CREAM, banyak gak aku dapat..boleh angkat tv 46inch, siap 3D lagi (impian tu ;p) dengan aircond.. huhu.. cepat2 aku beli, sebab takut duit nanti kelain plak.. Impian ke-2 yang dah terlaksana plak dapat beli PC ala2 gamers gitu.. (tapi aku macam tak berapa guna plak PC ni, pasal aku suka men komputer depan tv, bini aku pun tak suka aku duk dalam bilik main komputer sorang2, sebab die rasa macam terabai gitu..hehe..so kene tengok balik keperluan PC ni) huhu..



Selain tu berjaya gak beli kabinet dapur (beli 2nd hand je dari akak), tapi cantik lagi..walaupun tak dapat buat kabinet yang custom tu, tapi boleh lah buat sementara tengah belum stabil ni.. Apa pun, tahun lepas lebih kepada kejayaan mengumpul dan membelanjakan harta sahaja.. bagaimana dengan amalan untuk akhirat?? Itu yang nak kene pikirkan tu.. dapat konsisten sembahyang maghrib dan isyak disurau hari2 pun jadilah sebagai permulaan.. ini target aku untuk tahun 2014.. Moga terlaksana.. azam nak kurus pun belum tercapai lagi ni..hehe..makin naik plak lepas kahwin..

Oklah.. ni serba ringkas peristiwa yang berlaku pada tahun 2013, amik dari FB je life review 2013 ni..hehe


  • Januari - aku rasa bulan ni kot aku angkat PC, tak ingat plak..masa ni dapat tunggakan gaji 3 bulan..haha, selain tu berjaya gak beli meja makan..meja IKEA je..hehe


  • Febuari - bulan ni  berjaya semai pokok honey dew je..haha..masa ni tengah rajin bercucuk tanam dekat belakang rumah.. sekrang dah naik bersemak. Selain tu, kad nikah siap dan pergi Cameron Highland dengan wife pada akhir Febuary (kursus office sebenarnya, tapi dapat sorang 1 bilik)..best sgt jalan2 dengan wife..sweet memory..

  • March - bulan ni peristiwa yang paling penting berlaku, bila wife aku didapati mengandung setelah berkali2 test dengan pregnancy test pada 5 March.., Syukur Alhamdulillah, syukur sangat.. masa ni dah 6 bulan kahwin rasanya, semua duk tanya dah ada isi ke belum..huhu.. aku dapat rasa macam mana tertekannya pasangan yang masih belum dapat berita baik lagi.. nasihat aku, bersabar, berusaha dan yang paling penting jangan putus asa untuk berdoa dengan Allah. 
  • Mei - PRU ke 13 di adakan kali ni.. 1st time mengundi untuk aku dan wife..hehe aku di Batu Pahat, dan wife di Mersing..sebelum pilihan raya, macam2 berlaku..huhu, dasyat mainan politik sekarang.. keputusannya BN menang sekali lagi dengan undian banyak diperolehi dari belah2 Sabah dan Sarawak.. dan rasanya orang Melayu mula sedar sekarang DAP dah semakin kuat sekarang..mula lah ada yang minta BN dan PAS bergabung bagi meneruskan kelangsungan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.. Bulan ni jugak aku pergi Kursus Pengenalan Pegawai anjuran JKR di Bagan Lalang Sepang pada 21 Mei 2013


  • Julai - Aku dan wife dah start beli barang baby pada bulan ni, kebetulan ada baby expo di Mid Valley, so berjalan ke sana cari barang baby, masa tu dah start puasa dah.. lotih bangat bak ang..haha..die yang rajin buat list barang apa yang perlu..huhu..bukan nak kata tak bertanggungjawab, tapi rasa org perempuan lebih mahir dalam bab ni..haha..



  • Ogos - Bulan ni boleh dikatakan sebagai bulan Raya..haha, yelah adat orang Melayu raya selagi namanya bulan Syawal. Raya jatuh pada 8 August, dan secara rasminya 1st raya aku sebagai suami dan tak raya di Batu Pahat..huhu.. dah buat perjanjian dah dengan wife, die pun tak nak beralah, so kene buat giliran 2 tahun raya di mersing, baru raya di Batu Pahat 2 tahun.. hehe..nak wat macam mana, lau tak, tak jumpa lah adik beradik..nasib baik kira dekat lah gak Mersing dengan Batu Pahat.  Thanks jugak kepada wife sebab buat prank hari jadi aku pada 10 Ogos hari tu..hehe..macam mana aku boleh tak perasan nak kene prank dengan adik aku.. boleh die kata tayar pancit.. sebiji telur dan tepung hinggap atas kepala.. 31 Ogos plak Anniversary 1st perkahwinan kami..alhamdulillah..moga bertahan hingga ke akhir hayat, tak buat apa2 event pun..makan kat KFC je..haha
  • Oktober - bulan ni wife aku dah sarat mengandung dah, dan makin kerap lah kene bawak die jumpa doktor, alhamdulillah, kedudukan baby semua ok, walaupun masa die test gula hari tu tinggi, tapi aku rasa itu lah hikmahnya anak aku lahir masa Awal Muharam, sebab orang yang gula tinggi ni tak boleh over due.. so, perancangan Allah sememangnya sangat sempurna untuk hambanya.. wife amik cuti 2 minggu awal dari tarikh due, sebab takut keluar awal ke, dan perancangannya nak deliver di Mersing.
  • November - Alhamdulillah sekali lagi, wife aku selamat. melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.14 kg di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Seperti yang aku katakan, perancangan Allah sangat cantik, siapa sangka disebabkan bacaan paras gula wife aku yang tinggi dulu menyebabkan, wife aku kene bersalin di Johor Bahru, sama hospital dengan sepupu die yang  tengah nak bersalin jugak, sepupu die ni plak anak adik kembar bapak mertua aku.. hehe..nampak tak perancangan Allah yang terbaik.. Bapak mertua aku kembar, cucu pun dapat tarikh yang sama dengan kembar die, di hospital yang sama plak tu.. hehe.. cuma sepupu die lambat sikit bersalin, wife aku selamat bersalin pukul 3.30ptg, sepupu die pukul 7.30 ptg. Nak cerita detail macam mana time wife nak bersalin tu, rasa nya tu kene entry yang lain kot.. huhu.. secara ringkasnya, kene guna method vakum hari tu, pasal baby payah nak keluar, dan jantung die dah lemah walaupun wife aku dah teran sedaya upaya.. Syukur alhamdulillah semua selamat.

Parents wife naik pangkat jadi atuk dan nenek :)

Bersama nenek Batu Pahat

Bersama atuk Batu Pahat

Terharu tengok nama sendiri dalam surta beranak anak

  • Disember - Bulan ni aku lebih kepada menjadi weekend father..hehe.. setiap minggu balik Mersing naik bas.. maklumlah wife nak berpantang di kampung die. Bulan ni gak aku jatuh motor masa nak beli tiket bas untuk balik ke Mersing, tak perasan langsung kaki aku kene ekzos motor time jatuh tu.. Aku pun buat dek je, tak letak ubat, pasal ingat kulit terkopek biasa..sekali 1 minggu aku kene MC sebab kaki kena jangkitan kuman. Tobat la lepas ni, jatuh sikit je, aku akan letak ubat. Sampai sekarang aku duk hari2 cuci luka, tapi masih belum kering.. Tak tahu lah apa hikmahnya, atau mungkin dosa aku banyak kot.. Aqiqah Raisha juga diadakan pada 28 November dan buat di Mersing, agak terasa gak lah sebab mak ayah aku tak dapat datang, tapi apa pun majlis berjalan lancar, Alhamdulillah..
posing gambar keluarga.. haha..ni masa majlis aqiqah Raisha


So itulah serba sedikit timeline kehidupan aku 2013 yang lepas, apa pula perancangan Allah untuk diriku ini pada 2014 ?? Pastikah aku nyawa tidak akan diambil pada 2014 nanti? Bagaimana dengan amalan ku selama ini, cukup kah? Semua tu perlu aku kaji balik dan berusaha untuk memperbaiki diri. Moga tahun 2014 ni aku akan dapat menjadi seorang muslim yang benar2 muslim dan tak leka dengan mengejar dunia. Dengan harga barang yang semuanya naik, aku dapat rasakan cabaran yang menanti..

Rancangan aku nak buat business kecil-kecilan tahun ni, tak tahulah berjaya atau tidak, mungkin nak beli rumah ke.. tak tahu lah, semuanya perancangan..kertas kerja detailnya belum ada..hehe.. Pe pun Welcome 2014!! Moga hari-hari mendatang, dipermudahkan allah segala urusan..Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...