heartbeat.

Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013 !!!

Salam semua, macam biasa lah.. nak mintak maaf sebab biarkan blog dah bersawang.. haha.. Sempena tema awal tahun 2013 ni, rasa terpanggil nak imbas big event yang dah berlaku sepanjang 2012.. Banyak pahit dan manis yang menjadi ramuan dalam hidup aku di 2012.. Rasanya aku boleh ringkaskan dalam list je seperti di bawah.. :)

Manis
  1. Honeymoon Krabi (September) - hehe memang manis, tak pernah aku gi luar negara selain duk dalam Malaysia je.. satu pengalaman menarik.. seram gak masa 1st time naik flight.. huhu.. makanan kat sana pun best2.. sampai sekarang teringat2..
  2. Kahwin (31 August) - Hehe, memang manis, mana ada orang kahwin rasa pahit.. tapi tak taulah kalau ada yang kene paksa :p, Merdeka!
  3. Dapat kerja Kerajaan (August) - yang ni macam tak caya pun ada.. hebat perancangan Allah.. Temuduga bulan 7, sebelum aku kahwin dah dapat jawapan aku berjaya.. Alhamdulillah..gi sekali je temuduga, dapat terus
  4. Pindah rumah -  rezeki lagi..kebetulan mak mertua aku ada rumah dekat area Kajang, so dia bagi lah aku dan wife sewa rumah dekat situ dengan harga sewa yang agak murah untuk rumah 2 tingkat. So, kat sini lah bakal jadi tempat aku memulakan hidup berkeluarga.. rancang nak beli rumah ni masa akan datang.. tp tunggu stabil dulu..
  5. Berjaya menamat kan pengajian Master (Mei)- Alhamdulillah.. berkat doa dan usaha serta dorongan yang tak putus2, aku berjaya habiskan dan mendapat sijil master.. syukur.. pinjaman boleh ubah YPJ pun dapat di ubah jadi biasiswa.. rezeki nak kahwin.. :D
  6. Impian tercapai - haha, impian biasa je.. just nak pakai PC yang agak2 mantap 1.. hehe.. lepas je dapat tunggakkan gaji 3 bulan hari tu.. aku terus jual laptop aku, dan angkat PC tahap gamers la jugak.. thank pada wife yang supporting.. mula2 tu takut gak nak cakap nak beli PC..haha
Pahit

  1. Wife kene samun (September) - Al-kisah seminggu lepas aku kahwin, kebetulan masa tu masih raya lagi.. So pakcik wife aku ni buat rumah terbuka.. jadinya, semua pintu lah dibuka.. siapa sangka nak jadi.. tiba2 4 orang penyamun masuk dengan parang.. habis semua mana yang sempat dia ambik..kurang asam betul punya penyamun.. kebetulan time tu aku tgh pergi beli air.. wife aku hilang rantai emas die dari kecik mak die bagi, handbag, handphone dan macam2 lagi.. kesian kat wife aku.. sampai skrg macam fobia je kalau pintu tak berkunci.
  2. Berhenti kerja CREAM (October) - Walaupun berhenti kerja sebab dapat kerja lain, tapi aku sedih lah sebab dah macam2 pengalaman dekat CREAM tu.. paling best banyak outstation..haha.. pas ni tak merasa sangat lah aku nak duk hotel free lagi..
Aku rasa, tu je kot big event yang betul-betul bagi impak yang besar dalam hidup aku yang berlaku kat aku pada 2012 yang lepas.. banyak kejayaan duniawi sahaja..rasa malu pada Allah, rezeki die bagi melimpah ruah, tapi usaha untuk mendapat kejayaan yang abadi di akhirat, apa yang aku dah buat? Nak bagi Khatam Al-Quran setahun pun merangkak, nak mantapkan hafalan surah pun tak terbuat.. segan aku.. Ya Allah!, jangan kau biarkan limpahan kurnia mu padaku, Melalaikan ku tuk sentiasa mengingati mu.. huhu..

Hm kejap je masa berlalu.. tahun 2013 pasti lagi mencabar, sebab dah berkeluarga.. Apa perancangan tahun 2013?

Dalam otak ni macam-macam nak beli.. TV, sofa dah tempah..bayarbulan2..:) wife pun dah ajak nak gi bercuti ke Banjar.. haha ada ke duit aku nak gi sana? Dalam hati ada niat nak cari side income..antaranya nak try Google Adsense..hehe..skrg ni tengah apply account.. Pe pun.. aku nak seimbangkan dengan kejayaan untuk akhirat..

Apa pun rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2013 semua!!
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...