heartbeat.

Thursday, August 30, 2012

Welcome Back: The Chronology of Event

Salam semua.. Haha.. tajuk entry kali ni macam blog aku ni perli aku plak... :D Welcome back..sebab dah lama sangat tinggal kan blog aku ni.. kalau tunggul kayu, dah bercendawan dah.. hehe.. Kali ni, just nak share ape yang dah berlaku dalam hidup aku sekarang ni.. banyak yang berlaku.. tapi tak sempat nak update.. Just highlight mana yang penting je lah, start dari pertengahan tahun lepas.. Haha.. lama kan.. banyak yang tak ingat.. just letak gambar jelah.. antara event yang penting adalah:

1. Dapat Kerja
Ni tempat aku kerja di CREAM

  • Puncanya aku dapat kerja adalah masa aku jadi Skim Khidmat Siswazah (SKS) dekat UiTM dulu.. masa baru 2/3 bulan kerja, tiba2 ada 1 hari tu dak SKS jugak cari budak master Facilities Management (FM). Aku ingat lagi nama die Nadia. Die kata Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) tengah cari orang..nak cari dak FM katanya, masa tu bulan Mei. Di pendekkan cerita, aku pun follow lah dengan 3 org kawan perempuan aku, dengan niat saja nak cari pengalaman temuduga, nanti dah habis master, dah tak kekok gi interview. Jumpa lah manager dan pengarah exekutif CREAM. Macam2 gak die tanya.. ape sumbangan yang kita boleh bagi, dan siap kene buat essay pasal Sustainable Construction lagi. Akhirnya, siapa sangka.. x sampai 2 minggu, CREAM call..offer kerja.. Huhu, rezeki nak kahwin agaknye dalam hati aku.. niat nak saje-saje..dapat plak.. itu lah rezeki..ditangan tuhan semuanya.. kadang2 kita tak mengharap, die memberi.. Syukur. Aku start kerja 1 Jun dengan jawatan sebagai Research Officer..gaji boleh dikatakan ok lah kalau banding dengan kebanyakkan member aku yang lain kerja kat site tu.. tak sangka jadi penyelidik plak aku.. Masa tu gamble je, tak pasti boleh siapkan thesis sambil bekerja atau tak..

 2. Bertunang

Ni time tunang tahun lepas - New Level..haha
  • Siapa sangka dalam duk study2.. ada duit plak nak bertunang.. hehe.. I'allah, kalau niat baik.. Allah pasti akan tolong kita..aku percayakan itu.. ;D. Niat nak tunang rasa start sebelum dapat kerja jadi SKS lagi rasanya, aku ingat lagi masa sebelum aku konvo tu, dah start beli barang sikit2 dah.. Keputusan nak bertunang tu pun gamble je.. tak tau lagi sempat nak kumpul duit untuk kahwin ke tak.. Masa nak cakap dengan mak tu punyalah takut.. hehe.. tak boleh nak lupa ape mak aku jawab "kalau orang dah nak tu, kita ikut je lah", haha.. tak tau nak kategorikan sebagai sporting atau mak tak habis penat lagi lepas majlis kahwin akak aku dulu..Pendekkan cerita, tanggal tarikh 09 Julai 2011, aku bertunang dengan Hanis Farzana bt Mohd Sadek di rumahnya di Kg. Tenglu, Mersing. Tempoh ikat setahun hidup.. haha perkataan "hidup" tu penting untuk aku yang tak tau lagi sempat kumpul duit ke tak nak kahwin lagi 1 tahun.. Pe pun alhamdulillah semua nye berjalan lancar.. masa tu macam tak caya je, aku ni dah jadi tunang orang..:D

3. Buat Thesis

  • Ni yang paling jerih aku rasa.. hehe.. yelah sambil kerja, sambil nak siapkan thesis lagi.. Kalau ikut plan dalam kepala memang macam senang jer.. hehe, bajet siang kerja, malam write up thesis.. tapi time nak perlaksanaan tu yang pedih.. haha.. musuh utama adalah diri kita sendiri sebenarnya.. siang dah penat kerja, balik umah mesti lah nak rehat.. ada mood ke nak mengarang dekat rumah?? Itu pun aku sempat tukar tajuk lagi, tak silap bulan August 2011 baru dapat tukar tajuk baru.. tukar tu, bukan ape, sebab kat CREAM tu banyak bahan pasal Industrialised Building System (IBS), alang2 kerja, boleh lah cedok sekali bahan2.. hehe.. Dalam tempoh tu, paksa lah diri buat Chapter 1 sampai Chapter 2.. tu pun makan masa sampai akhir bulan 10 gak tu.. sebab time tu lah raya dan sebagainya.. tibe2 dapat berita, kena hantar 05 Disember.. Gila.. baru buat 2 Chapter? Member 1 batch yang kerja 1 opis dengan aku dah mohon status tak lengkap dah.. haha.. start dari tu, hampir setiap hari aku stay kat office sampai malam..lepas habis kerja, gagahkan diri stay kat office sorang2  kadang2 sampai pukul 10 lebih. Sampai 1 tahap, akak aku cakap kat fb, susah nak jumpa aku walaupun duduk 1 rumah.. hehe.. Manager aku plak, tak habis2 push aku suruh habis kan Master sem 3 (final) ni jugak, pasal die nak promote untuk aku sambung PhD dekat director plak.. Ni pun 1 hal lagi.. tak terpikir pun nak terus sambung.. ingat nak cari pengalaman dulu..ntahlah.

4. Dapat Pinjaman Boleh Ubah YPJ

  • Dalam masa yang sama gak, masa sebelum aku habis sem 2 tu, aku ada mohon pinjaman boleh ubah YPJ. Siap amik cuti lagi sebab kene temuduga dekat pejabat YPJ dulu. Masa temuduga tu, panel tu siap cakap, ni tinggal last sem je ni.. kalau nak buat thesis pun tak pkai banyak duit..and kenape lah tak mohon awal2.. Huhu, masa tu harapan macam tipis je.. tapi dah alang-alang, kita usaha jelah kan.. dapat atau tak, di tangan tuhan.. Sempat gak mintak kat panel tu supaya bagi pinjaman untuk 1 tahun (RM6,000), sebab 1 sem RM3,000 die bagi.. haha, demand lagi.. padahal tengah berapa bulan je lagi nak habis final sem. Pendekkan cerita, 2 bulan lepas tu, surat sampai rumah mengatakan aku berjaya.. Huhu Alhamdulillah.. memang rezeki nak kahwin.. :D. Antara syarat die, kalau dapat jadi kan sebgai biasiswa penuh (tak payah bayar balik), untuk Master kene 3.75 ke atas.. pergh.. semuanya memang gamble je hidup ini.. haha.. current GPA 3.74, tengok memang macam 0.01 lagi nak lepas, tapi kalau thesis yang 6 jam kredit tu dapat B je, habis down CGPA.. Kalau tak dapat A, habis lah kena bayar balik dgn kadar 5% beb.. tinggi lagi dari PTPTN.

5. Berjaya habis kan Master!

  • Dengan berbagai faktor yang mendesak supaya aku habis master sem ni dan kene dapat A lagi, semuanya aku serahkan pada Allah.. huhu.. stiap kali sujud dalam solat, aku mohon supaya Allah berikan aku kekuatan agar aku dapat siapkan thesis sem ni jugak. Akhirnya, time tarikh nak kene hantar, time tu lah tarikh di postpone sampai 2 kali aku rasa. Last tarikh submit final draft 30 Disember.. kira macam extend 1 bulan lah.. Disebabkan itu, aku berjaya siapkan akhirnya thesis aku.. dalam tak sempat2 tu.. dapat gak 200 pages.. haha.. Thanks pada tunang aku, yang membantu edit dan buat kan table of contents (kerja yang pling malas aku nak buat..hehe). Lega betul... dah lepas hantar tu, kena VIVA plak (16 Januari).. Boleh plak time viva ni, salah sorang panelnye supervisor aku.. Huhu.. mujur semuanya ok. Pendek kan cerita aku berjaya habiskan master aku dengan CGPA 3.78.. Tak sangka dapat 4.00 plak thesis.. hehe Thanks to En. Mazlan (my supervisor)..So.. tak payah lah payah balik pinjaman YPJ, sebab atas 3.75.. Alhamdulillah..syukur sgt.. :D Dapat lah aku merasa konvo kat dewan baru UiTM bulan 5 hari tu.. hehe.. walaupun mak ayah aku tak dapat datang.. at least tunang aku dan adik aku sudi nak teman.. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih pada my tunang sebab tak jemu menyokong aku..
Bersama yang tersayang :D
Merasa gak Agung yang bagi.. hehe

Bergambar di hadapan Dewan Baru UiTM Shah Alam

1 comment:

  1. salam..boleh x nak tahu serba sedikit tentang tugas Pegawai Penyelidik (RO)? thax...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...