heartbeat.

Thursday, August 30, 2012

Tamat Zaman Bujang 15 Jam lagi!!

Haha.. macam ape je tajuk post aku ni.. tak sangka, esok (31 Ogos 2012) aku nak kahwin dah.. Istilah kemerdekaan memberi aku 2 makna kali ni.. hehe.. Makna kemerdekaan hidup bebas daripada penjajah di tanah air tercinta ini, dan mungkin merdeka dari godaan Syaitan terhadap hawa nafsu ku ini.. “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Siapa sangka, aku bakal menamatkan zaman bujangku di umur 25 tahun rupanya.. 1 peringkat umur yang org kata masih muda lagi untuk kahwin.. esok aku bakal menerima tanggungjawab yang besar.. Perasaan bercampur baur, namun matlmat utama perkahwinan tak aku lupakan.. nak membina keluarga yang "Sakinah, Mawaddah wa Rahmah" Hehe.. abg2 aku dah bagi hint suruh bersedia merasa 'asam garam' berumah tangga.. Gayanye macam mencabar je..

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."

 Oklah.. tutup cerita yang tu, nak cerita persiapan kahwin plak.. Macam biasalah.. trend sekarang..menjadikan perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah.. macam2 nak kene buat persiapan.. daripada nak estimate jemputan, baju kahwin, pelamin, design kad, button batch, dan lain2 lagi. tu semua memerlukan koordinasi planning yang baik antara tunang, dan keluarga ke 2 belah pihak..

Just nak share yang mana aku DIY untuk majlis kahwin aku ni.. hehe, antaranye

1. Kad kahwin




Design kad ni aku dapat idea dari internet..die guna typographystyle untuk buat bentuk love tu.. so aku pun ikut, tapi guna wording sendiri sikit.. hehe.. jenuh gak nak type satu2 word tu.. Wording untuk dalam tiru je dari kad2 lama yg org bagi.. map plak aku tiru dari kad kahwin akak aku yg lama, tapi icon2 bangunan, kerawang tu aku cari je dekat internet.. jalan aku buat pakai MS Power Point, lebih sharp, dan nak edit2 icon pakai Photoshop. Secara keseluruhan layout kad aku guna MS Publisher..hasilnye amat memuaskan bila dah print.. pasal atas kertas mahal..tapi dapat harga 1 kad 40 sen, sebab member bapak tunang aku.. hehe.. terbaik.. Tapi, nak jadikan cerita, boleh plak aku terprint lebih kad untuk rumah aku.. aku tanya mak aku nak jemput berapa, mak kata 1000, aku print lah 1000.. rupanya sepatutnya print 500 je, dan expect datang suami isteri, tu yang jd 1000..haha.. Salah paham..
Ni lepas print


2. Wedding Tree

Design No. 1

Design No. 2


Ni adalah merupakan idea tunang aku.. actually western style sebenarnye.. Ni merupakan pengganti Guest Book yang biasa kalau korang nampak kat majlis kahwin org lain yang kene tulis2 tu.. Tapi yang ni lebih simple, guest akan letak finger print diorg dekat ranting pokok tu, lepas tu letak nama kat finger print tu.. so kalau banyak2 jadi lah satu pokok.. lepas tu boleh siap2 masuk frame terus, habis majlis boleh terus gantung kat dinding.. lebih nampak dan ringkas berbanding kalau nak simpan guest book dalam almari.. Pokok tu aku cari kat internet, lepas tu tambah wording sikit, dengan burung.. hasilnya smart gak.. hehe perasan je.. aku print A3 dan masuk frame terus..

3. Button badge



Button badge pun last minit buat.. igt malas nak buat.. hehe.. Laju gila org tu siapkan.. 2hari je.. ni yang dah siap


2 comments:

  1. salam bang...boleh x kasi tau step nk gune typographystyle utk kad kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. leceh sikit nak buat, tapi hasil menarik.. mula2 kne buat shape lah dulu, tak pun amik dekat internet, and then kene buat 1 layer 1 word.. untuk word yang berulang, copy paste new layer je..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...