heartbeat.

Wednesday, January 12, 2011

11.01.11........


Salam semua.. Lama dah rasanya aku x update blog ni.. Huhu, sibuk? nak kata sibuk sangat tu xderlah.. hehe malas kot.. Ish.. xboleh2.. Azam tahun baru aku xnak malas-malas lagi dah.. Haha.. Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi aku bernafas sampai ke hari ni.. 11.01.2011.. Dah 11 hari aku hidup ditahun baru ni.. 2010 meninggalkan semua orang yang masih lagi dapat menikmati oksigen yg Allah bagi hingga ke hari ni.. Pada aku 2010 meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit.. Itulah kehidupan..

Kalau nak dikenang-kenang pada 2010 lah aku tamat  pengajian Ijazah aku pada bulan Mei.. Aku masih ingat lagi jerih payah tuk menyiapkan assignment dan thesis.. Huhu.. Stiap malam x tido nak kejar date line, jumpa org sana sini, pergi sana sini walaupun xtau jalan.. Semua tu aku x boleh lupa.. Rasa terharu bila semua tu berbaloi bila 30hb November merasa gak aku nak pakai jubah konvo tu.. Amik scroll macam budak-budak lain.. Memang best.. dan aku rindukan member-member aku masa Ijazah dulu.. sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri.. Betulah orang kata, time study tu lah yang paling best..

2010 jugak menjadi titik tolak dalam hidup aku untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sikit.. 06 Julai 2010, aku menjadi pelajar Master secara rasmi di UiTM dalam bidang Facilities Management.. Macam-macam rasa masa masuk tu.. Yelah aku sorang budak laki dari batch aku yang sambung.. Aku rasa keseorangan, budak-budak kelas aku plak mantap-mantap..semua dah berpengalaman..takut beb.. semua speaking macam air.. Huhu.. Syukur, ya Allah ya Rahman beri aku kekuatan untuk teruskan jugak.. Dan sekarang aku dah di sem 2 pun.. 1 sem lagi nak habis.. Moga dapat habiskan on time.. Amin..

2010 jugak menyaksikan akak aku yang merupakan anak perempuan last dalam family aku dah kahwin akhirnya.. Lepas lah tanggungjawab mak dan ayah aku.. Maklumlah, anak perempuan kan nak kene jaga betul-betul.. sekarang mak n ayah aku tinggal nak jaga cucu.. hehe.. Suka aku tengok bila anak-anak sedara aku main dengan Atuk dan Nenek die.. macam-macam perangai ada.. 2011 nanti makin besar lah keluarga aku, bila ada 2 orang cucu lagi on going ..hehe..

Macam-macam lagi yang berlaku 2010 ni.. dan yang pahitnya, handphone k850i kesayangan aku boleh hilang pulak, tapi redha je lah.. dah takder rezeki. Aku ingat lagi, bulan Mei jugak, lepas aku nak happy2 siap buat thesis, aku dapat panggilan Atuk aku pergi ke Rahmatullah.. Sedih sangat..Aku dah xder atuk lagi..Itu jelah 1 yang tingggal..sekarang die dah takder, terasa sangat time balik raya hari tu.. Moga rohnya ditempatkan bersama org2 yang soleh.. Sekarang dah masuk 2011, azam aku tak nak banyak.. tahun ni aku jadi seorang yang berdisiplin, xnak wat kerja last minute lagi dah, nak kuruskan badan..hehe, dan nak habiskan Master aku.. Huhu, cakap xnak banyak, tapi banyak gak.. tambah lagi 1, nak kumpul duit..Hehe.. Nak kumpul buat ape? Adalah..  Pepun, Ahlan wasahlan 2011..
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...