heartbeat.

Sunday, June 6, 2010

Aku dan Sesuatu di JB..

Hari ni 7.30 pagi lagi aku dah keluar rumah gi stesen bas.. RM10 aku ulur kat penjaga kaunter tiket tu bersama dengan kad kupon Causeway Link.. Die balikan aku RM2 dengan kad kupon tu.. Satu perasaan semacam kepuasan bila tengok dah ada 2 cop kad kupon tu.. Haha, lagi 8 cop aku nak kumpul tuk dapat 1 tiket free.. Aku tgk jam ada lagi 15min dan org makin ramai yg datang walaupun pagi.. Dalam hati aku, mungkin sebab hari Ahad agaknye.. Masa yg ada, aku amik kesempatan tuk dapat kan Kosmo! dan roti Gardenia 60 sen... Berita utama, pasal kekejaman Yahudi yg tak sudah-sudah.. Dah lah jahanamkan negara orang, org lain nak bagi bantuan, dihalang2 plak.. Hmm..

Tepat kul 8pg, bas pun jalan menuju ke Johor Bahru, doa naik kenderaan aku baca, dan tepat muka surat 49 dalam Kosmo! tu aku baca, aku pun belayar dalam kesejukan aircond bas.. Aku sedar-sedar dah kat JB dan dah hampir sampai Larkin.. Alhamdulillah, perjalanan aku selamat.. 9.30 pagi, kaki aku menjejaki stesen bas Larkin yg xpenah lengang dengan manusia pelbagai ragam.. Kedengaran sorang ulat tiket memaki hamun sorang budak yang tak menjawab pertanyaan die nak kemana.. Aku biar kan abg tu dengan kemarahan die.. tension agknye x dapat pelanggan.. Org yang ditunggu masih dalam perjalanan, aku mara kan langkah ku menuju ke Mc Donald dengan niat nak menikmati Sundae Cone yg mampu membuatkan aku lupa pada kesibukan hiruk pikuk kat Larkin tu.. Sambil menikmati rezeki tuhan yang diberi, aku selak Kosmo! yang x habis aku baca td..

Pkul 10, seperti yang dijanjikan, org yg ditunggu tiba.. Aktiviti pertama, pergi ke City Square, JB sibuk seperti biasa dengan traffic dan penghuninya.. Pilihan terakhir dari semua cerita yang ada, 5 tiket wayang cerita ,Nany Mc Phee di beli dengan harga RM50 yang dijadualkan tayangannya pukul 11.20.. Jam baru pukul 11.. Sementara menunggu, aku pergi ke POPULAR.. Aku pergi bahagian TOP SELLER.. Ada 1 buku menarik perhatian aku.. PasalAhmad Deedat yang terkenal dengan usaha dakwahnya dan fakta bernasnya mengungkap kebenaran Al-Quran mengatasi kitab Bible yang diubah org Kristian.. Aku x heran kenapa buku ni menjadi top seller, kerana manusia memang sentiasa dahagakan kebenaran, dan Ahmad Deedat dah mengabdikan dirinya untuk mengungkap kebenaran itu, iaitu kebenaran Al-Quran.. Besar jasa die, terdetik di hati aku, apa jasa aku yg aku dah lakukan untuk agama tercinta ku ini..


Pukul 1, aku keluar dari wayang.. dan masa yg ada, aku pergi ke pameran THE LARGEST GAME SHOW yang x berape nak largest tu kat ruang lobi City Square. Tak de ape yang menarik, cuma pertandingan Cosplay yang menarik perhatian aku.. Watak2 yang aku baca dalam Bleach, Naruto dan One Piece menjadi reality disini.. Haha.. ada yang menjadi dan ada jugak yg macam nak tak nak je meniru watak2 kegemaran aku ni.. Pergi kat bahagian jual TV brand Samsung.. aku tertarik dengan satu TV 50 inci.. Mantap, itu yang aku boleh ungkapkan.. Perincian pada 3D die membuatkan hati aku berangan nak memlikinya.. harga? Huhu.. RM15000..


Habis di situ, aku menuju ke Pasir Gudang bagi melengkapkan objektif utama aku datang ke JB hari ni, iaitu pergi ke majlis perkahwinan senior awek aku.. Kawan sekolah rendah aku pun baru kahwin semalam, aku jer x tau bile ni..haha. Dalam perjalanan, aku singgah di Masjid Pasir Gudang yang baru pertama kali aku menjejakinya.. Alhamdulillah, solat dapat aku tuniakan dengan Jamak Ta'dim. Sampai di rumah pengantin, memang grand walaupun kawasan khemah tempat makan agak sempit, tapi sekali pandang dah tau, org ni orang kaya.. Masa nak balik, teringin aku nak "Salam Keruk" atau org lain panggil "Salam Kaut" kat bapak pengantin tu, tapi apa kan daya duit yang aku ada RM50 sekeping je.. Kalau aku kontraktor kaya, boleh jgak aku bagi,, haha,, Aku membiarkan je awek aku yang bagi, walau dalam hati rasa segan tetap ada..


Next? Lokasi Leisure Mall.. aku pun x tau ejaan die betul ke tak.. Main bowling menjadi pilihan.. disebabkan stokin semua tak ada.. maka singgah sekejap di Giant membeli stokin berwarna warni bernilai 0.99 sen yang x pernah umur aku memakainya.. Hehe.. Main 2 game.. Aku menang yang pertama dan kalah set kedua..



Balik dari men bowling, aku singgah di Danga Bay.. Cantik pemandangannya.. Kebetulan banyak plak kapal layar kat situ, dengan berlatarkan matahari terbenam, suasana tu cukup tu mengusik hati sesiapa sahaja tuk menikmati ketenangan cipta tuhan yang indah tu.. Aku halakan handphone K850i aku pada mana2 shot menarik untuk aku ambil gambar sebagai kenangan..

Tepat pukul 7, aku sampai Larkin.. Cepat2 aku pergi kat kaunter Causeway Link.. Aku tengok, JB-Batu Pahat-7.30 mlm.. Mujur ada tiket 7.30, x lah aku kene tunggu lama.. Aku terpaksa niatkan musafir, sebab x sempat nak solat maghrib dan aku berjaya mendapatkan cop yang ke-3 pada kupon aku..hehe. Tepat kul 9.30 aku sampai kembali di terminal bas Batu Pahat. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. wah2.. perjalanan yg panjang.. heheh...abes 1 jb round.. btw, cntk gmbo ats tuh... sape amek?? hhihihi

    ReplyDelete
  2. hihi tulah.. jauh perjalanan, byk pengalaman.. Gambar atas tu awek saya yang amik.. ;D

    ReplyDelete
  3. wahhh..bestnyer kluar jln2..cis..nk jgk!!...hehe..cm x lgkp je tuh sbb ya xde haha:)

    ReplyDelete
  4. hehe.. Ya pergi degan Akai lah nati..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...