heartbeat.

Friday, June 18, 2010

Mandi Manda..

Alhamdulillah.. Cuti ni membolehkan aku bersama family.. Dan yg paling bestnye dapat gi mandi manda.. haha.. 1st, 12 Jun 2010.. aku pegi mandi kat air terjun kat hutan lipur Kuala Woh, Perak.. Siapa sangka, dengan kekuasan Allah, dalam kesejukan air di kaki bukit Cameron Highland tu, boleh ada air panas di tepi2 air terjun tu...Siap boleh rebus telur lagi.. Kalau pijak dasar die, terasa suam2 kat pasir die.. Memang menakjubkan.. Mungkin ada larva kot kat bawah tanah air terjun tu.. Terlintas juga kat kepala aku.. Cuba tibe2 semua tu jadi air panas.. Kene rebus ar aku.. Pe pun, xder yang mustahil bagi Allah..
















Balik dari Perak, aku stay kat Shah Alam kejap, nak uruskan pasal nak dapatkan pengesahan untuk transkrip final aku.. Kalau ada ape2 permohonan yang memerlukan transkrip aku tu nanti dah senang sementara nak tunggu konvo ti.. Alhamdulillah, result final aku memuaskan, dan I'allah, kalau di takdirkan rezeki aku, satu level baru dalam proses pembelajaran aku akan bermula.. Aku akan amik master dalam kos Facilities Management yang mungkin mengambil masa 1 tahun setengah tuk habiskan.. Nape x keje? Hmm.. Aku pun berbelah bagi sebenarnya.. Tapi ini je peluang yg dah ada depan mata n keje pun x tau lagi dapat ke x, so aku grab je lah.. Gi pun yuran nya dah dikurangkan 50%, rugi plak kalau tak amik..














Balik dari Shah Alam, aku stay kat Bangi plak.. rumah akak aku.. 16 June 2010, aku sampai kat Bangi, dan mak ayah aku balik ke Batu Pahat.. Kebetulan waktu tu, abg ipar aku amik cuti, die ajak gi Sunway Lagoon.. Wah, rezeki ni.. hehe, dah lama x pegi.. Org belanja lagi.. pe lagi, pat2 aku kemas baju tuk mandi.. Aku pergi dengan anak sedara aku..

Memang best, banyak permainan boleh main.. Macam2 ada, dan org yang macam2 perangai pun ada.. Malas aku nak citer pasal aurat yang terdedah sana sini.. Yang aku rasa kelainan kit, waktu masuk Scream Park tu.. Ada satu bahagian 3D, kene pakai spec khas die.. Tibe2 ada satu terowong berpusing.. aku rasa macam tertunggang terbalik kat dalam tu.. Haha, padahal x berpusing pun aku.. Cuma ilusi je.. Memang satu pengalaman yang baru..

Pe pun, terima kasih kepada Abg Fizal yang belanja aku dan begitu sporting bagi aku chance main macam2.. Nak ikut kan, kalau pakage siap masuk Scream Park tu, mahal gak.. Tq daun keladi.. haha.. Ok lah, dah banyak aku bercerita ni.. Sabtu, 19hb ni aku dh nak daftar master... Huhu, mudah2an permohonan biasiswa aku berjaya.. Xder duit nak bayar yuran.. hehe.. K, Asallamualaikum.
Reade more >>

Sunday, June 6, 2010

Aku dan Sesuatu di JB..

Hari ni 7.30 pagi lagi aku dah keluar rumah gi stesen bas.. RM10 aku ulur kat penjaga kaunter tiket tu bersama dengan kad kupon Causeway Link.. Die balikan aku RM2 dengan kad kupon tu.. Satu perasaan semacam kepuasan bila tengok dah ada 2 cop kad kupon tu.. Haha, lagi 8 cop aku nak kumpul tuk dapat 1 tiket free.. Aku tgk jam ada lagi 15min dan org makin ramai yg datang walaupun pagi.. Dalam hati aku, mungkin sebab hari Ahad agaknye.. Masa yg ada, aku amik kesempatan tuk dapat kan Kosmo! dan roti Gardenia 60 sen... Berita utama, pasal kekejaman Yahudi yg tak sudah-sudah.. Dah lah jahanamkan negara orang, org lain nak bagi bantuan, dihalang2 plak.. Hmm..

Tepat kul 8pg, bas pun jalan menuju ke Johor Bahru, doa naik kenderaan aku baca, dan tepat muka surat 49 dalam Kosmo! tu aku baca, aku pun belayar dalam kesejukan aircond bas.. Aku sedar-sedar dah kat JB dan dah hampir sampai Larkin.. Alhamdulillah, perjalanan aku selamat.. 9.30 pagi, kaki aku menjejaki stesen bas Larkin yg xpenah lengang dengan manusia pelbagai ragam.. Kedengaran sorang ulat tiket memaki hamun sorang budak yang tak menjawab pertanyaan die nak kemana.. Aku biar kan abg tu dengan kemarahan die.. tension agknye x dapat pelanggan.. Org yang ditunggu masih dalam perjalanan, aku mara kan langkah ku menuju ke Mc Donald dengan niat nak menikmati Sundae Cone yg mampu membuatkan aku lupa pada kesibukan hiruk pikuk kat Larkin tu.. Sambil menikmati rezeki tuhan yang diberi, aku selak Kosmo! yang x habis aku baca td..

Pkul 10, seperti yang dijanjikan, org yg ditunggu tiba.. Aktiviti pertama, pergi ke City Square, JB sibuk seperti biasa dengan traffic dan penghuninya.. Pilihan terakhir dari semua cerita yang ada, 5 tiket wayang cerita ,Nany Mc Phee di beli dengan harga RM50 yang dijadualkan tayangannya pukul 11.20.. Jam baru pukul 11.. Sementara menunggu, aku pergi ke POPULAR.. Aku pergi bahagian TOP SELLER.. Ada 1 buku menarik perhatian aku.. PasalAhmad Deedat yang terkenal dengan usaha dakwahnya dan fakta bernasnya mengungkap kebenaran Al-Quran mengatasi kitab Bible yang diubah org Kristian.. Aku x heran kenapa buku ni menjadi top seller, kerana manusia memang sentiasa dahagakan kebenaran, dan Ahmad Deedat dah mengabdikan dirinya untuk mengungkap kebenaran itu, iaitu kebenaran Al-Quran.. Besar jasa die, terdetik di hati aku, apa jasa aku yg aku dah lakukan untuk agama tercinta ku ini..


Pukul 1, aku keluar dari wayang.. dan masa yg ada, aku pergi ke pameran THE LARGEST GAME SHOW yang x berape nak largest tu kat ruang lobi City Square. Tak de ape yang menarik, cuma pertandingan Cosplay yang menarik perhatian aku.. Watak2 yang aku baca dalam Bleach, Naruto dan One Piece menjadi reality disini.. Haha.. ada yang menjadi dan ada jugak yg macam nak tak nak je meniru watak2 kegemaran aku ni.. Pergi kat bahagian jual TV brand Samsung.. aku tertarik dengan satu TV 50 inci.. Mantap, itu yang aku boleh ungkapkan.. Perincian pada 3D die membuatkan hati aku berangan nak memlikinya.. harga? Huhu.. RM15000..


Habis di situ, aku menuju ke Pasir Gudang bagi melengkapkan objektif utama aku datang ke JB hari ni, iaitu pergi ke majlis perkahwinan senior awek aku.. Kawan sekolah rendah aku pun baru kahwin semalam, aku jer x tau bile ni..haha. Dalam perjalanan, aku singgah di Masjid Pasir Gudang yang baru pertama kali aku menjejakinya.. Alhamdulillah, solat dapat aku tuniakan dengan Jamak Ta'dim. Sampai di rumah pengantin, memang grand walaupun kawasan khemah tempat makan agak sempit, tapi sekali pandang dah tau, org ni orang kaya.. Masa nak balik, teringin aku nak "Salam Keruk" atau org lain panggil "Salam Kaut" kat bapak pengantin tu, tapi apa kan daya duit yang aku ada RM50 sekeping je.. Kalau aku kontraktor kaya, boleh jgak aku bagi,, haha,, Aku membiarkan je awek aku yang bagi, walau dalam hati rasa segan tetap ada..


Next? Lokasi Leisure Mall.. aku pun x tau ejaan die betul ke tak.. Main bowling menjadi pilihan.. disebabkan stokin semua tak ada.. maka singgah sekejap di Giant membeli stokin berwarna warni bernilai 0.99 sen yang x pernah umur aku memakainya.. Hehe.. Main 2 game.. Aku menang yang pertama dan kalah set kedua..



Balik dari men bowling, aku singgah di Danga Bay.. Cantik pemandangannya.. Kebetulan banyak plak kapal layar kat situ, dengan berlatarkan matahari terbenam, suasana tu cukup tu mengusik hati sesiapa sahaja tuk menikmati ketenangan cipta tuhan yang indah tu.. Aku halakan handphone K850i aku pada mana2 shot menarik untuk aku ambil gambar sebagai kenangan..

Tepat pukul 7, aku sampai Larkin.. Cepat2 aku pergi kat kaunter Causeway Link.. Aku tengok, JB-Batu Pahat-7.30 mlm.. Mujur ada tiket 7.30, x lah aku kene tunggu lama.. Aku terpaksa niatkan musafir, sebab x sempat nak solat maghrib dan aku berjaya mendapatkan cop yang ke-3 pada kupon aku..hehe. Tepat kul 9.30 aku sampai kembali di terminal bas Batu Pahat. Alhamdulillah.
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...