heartbeat.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya !!


Allhamdulillah aku ucapkan banyak2 kepada Allah yang maha Esa yang telah memberikan aku kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di Bulan Ramadhan yang mulia ni.. Terlalu sekejap aku rasakan Ramadhan berlalu dan tup2, Syawal dah menjelma.. Tepat pukul 8.17 malam tadi, pengumuman tarikh Hari Raya bagi tahun 2009 jatuh pada hari Ahad, 20 hb September... Syahdu gila masa baca takbir tadi.. Dah 1 bulan kita puasa, menahan semua pacaindera kita dari melakukan dosa, kejap jer dah saatnye kita menyambut saat kemenangan ini.. Namun perjuangan masih belum selesai lagi selagi hayat dikandung badan...Syaitan tetap akan berusaha menyesat kan kita..

Tahun ni family aku raya kureng sikit,hehe.. sebab yang mana belum kahwin jer ada time raya pertama ni.. So aku tiga org jer lah yg menemani ayah dan emak aku raya tahun ni.. Yang lain semua raya kat rumah mertua.. Terasa gak.. biasa ramai anak2 sedara aku ada time2 macam ni.. meriah gila.. Nak wat macam mana dah tahun giliran raya umah mak mertua.. Hehe.. Nasib aku lum kahwin lagi.. dapat lah teman mak bapak aku ni..

Persiapan biasa2 jer tahun ni.. Tapi kuih banyak gak mak aku beli.. hehe.. Terpaksa la aku amik skit time nak balik uitm nanti.. Dikesempatan ini, aku nak ucapankan Selamat Hari Raya Aidil Fitri especially kepada Hanis Farzana, rakan2 dan sahabat yang aku sayangi semua.. x lupa gak kepada sesiapa yang meluangkan masa membaca blog aku ni.. Aku ucapkan Selamat Hari RAya semua!! Aku mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut atas segala silap dan salah yang telah aku lakukan, terkasar bahasa kat blog ni, terlanjur perkataan, aku dahului dengan mohon maaf zahir dan batin.. Kalau ada termakan atau terminum mintak halal yer..

Akhir kata, Semoga Aidil Fitri di tahun ini dapat mengembalikan kita kepada Fitrah diri kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil dan tidak mendatangkan sedikit pun manfaat atau mudarat kepada Allah.. Semoga amalan kita semua diterimanya.. Amin.... Yang mana tau rumah aku, jemput lah datang!!

1 comment:

  1. awak...
    Selamat Hari Raya maaf zahir batin..
    halalkan kalau ade trmkn or trminum..
    miss you...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...