heartbeat.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya !!


Allhamdulillah aku ucapkan banyak2 kepada Allah yang maha Esa yang telah memberikan aku kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di Bulan Ramadhan yang mulia ni.. Terlalu sekejap aku rasakan Ramadhan berlalu dan tup2, Syawal dah menjelma.. Tepat pukul 8.17 malam tadi, pengumuman tarikh Hari Raya bagi tahun 2009 jatuh pada hari Ahad, 20 hb September... Syahdu gila masa baca takbir tadi.. Dah 1 bulan kita puasa, menahan semua pacaindera kita dari melakukan dosa, kejap jer dah saatnye kita menyambut saat kemenangan ini.. Namun perjuangan masih belum selesai lagi selagi hayat dikandung badan...Syaitan tetap akan berusaha menyesat kan kita..

Tahun ni family aku raya kureng sikit,hehe.. sebab yang mana belum kahwin jer ada time raya pertama ni.. So aku tiga org jer lah yg menemani ayah dan emak aku raya tahun ni.. Yang lain semua raya kat rumah mertua.. Terasa gak.. biasa ramai anak2 sedara aku ada time2 macam ni.. meriah gila.. Nak wat macam mana dah tahun giliran raya umah mak mertua.. Hehe.. Nasib aku lum kahwin lagi.. dapat lah teman mak bapak aku ni..

Persiapan biasa2 jer tahun ni.. Tapi kuih banyak gak mak aku beli.. hehe.. Terpaksa la aku amik skit time nak balik uitm nanti.. Dikesempatan ini, aku nak ucapankan Selamat Hari Raya Aidil Fitri especially kepada Hanis Farzana, rakan2 dan sahabat yang aku sayangi semua.. x lupa gak kepada sesiapa yang meluangkan masa membaca blog aku ni.. Aku ucapkan Selamat Hari RAya semua!! Aku mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut atas segala silap dan salah yang telah aku lakukan, terkasar bahasa kat blog ni, terlanjur perkataan, aku dahului dengan mohon maaf zahir dan batin.. Kalau ada termakan atau terminum mintak halal yer..

Akhir kata, Semoga Aidil Fitri di tahun ini dapat mengembalikan kita kepada Fitrah diri kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil dan tidak mendatangkan sedikit pun manfaat atau mudarat kepada Allah.. Semoga amalan kita semua diterimanya.. Amin.... Yang mana tau rumah aku, jemput lah datang!!
Reade more >>

Saturday, September 19, 2009

Langit X Selalunya Cerah...





















Alhamdulillah, lebih kurang kul 9.30 malam, 11hb September (Jumaat) aritu, my dear selamat sampai ke UiTM yang x seberapa ni, hasil usahanya dan rakan2 die.. Hehe.. tanx to her sebab sudi payah2 datang tuk jumpa aku.. Sori sgt kat die sebab x dapat nak sediakan penginapan yang selesa, terpaksa lah die duk kat kolej Melati secara illegal..kena plak tu time die datang, air xder.. hehe, wat malu jer uitm ni, time pelawat datang, time tu lah die nak betulkan pipe..

Macam biasa lah, xkanlah dah datang Shah Alam, nak duk kat uitm jer.. Kenalah aku bawak jalan2.. Kita org pun baik punya planning nak gi mana, buka kat mana, tgk wayang kat mana.. hehe.. 1st, ari Sabtu (hari kejadian), aku bawak dier gi Bukit Cerakah.. Saja aku bawak die gi situ, nak bagi merasa masuk rumah 4 musim tu.. Kebetulan, time tu musim bunga, so dapat lah tengok bunga2 yang menarik lagi cantik kat situ.. Pas tu aku bawak die pegi tengok wayang kat Jusco dan die pun berazam nak belikan aku baju raya.. Hehe, masa nak beli baju tu, sempat gak die merajuk,, maaflah yer.. ;p . Hasilnya, aku dapat 2 helai baju dan die pun dapat 2 helai baju., Hehe, dua2 baju sama design n sama colour.. Pastu, aku planning nak ajak buka puasa kat bandar..



















Aku pun x tau ape hikmahnya di sebalik peristiwa hitam ni.. Dalam perjalanan aku nak gi berbuka tu (naik motor Yamaha Sport buruk aku), sewaktu di Seksyen 19, aku rasa pelik nape die x pegang bahu aku.. (masa tu die letak bag die atas riba die).. Biasa die pegang bahu aku..(macam dah takdir je).. Tibe2 ada tangan dengan secara ganasnya amik bag plastik berisi baju.. baju baru aku tu (geram gila aku..hehe).. Aku masa tu tergamam.. Aku ingat awek aku yg amik baju tu dari belakang.. Sekali tgk2 ada kelibat 2 mamat naik motor 125z dah amik baju aku tadi dan ragut bag awek aku.. Aku sempat jerit Hoi!! jer masa tu.. Aku try tengok no. plat die, tapi member die tutup plak.. Kurang hajar betul.. Yamaha sport vs 125z ?? dah tentu ar aku x dapat nak kejar.. Sedih aku, tgk org tu hilang depan mata aku bersama dengan bag awek aku yang berisi kad pengenalan, kad atm, wang tunai RM200, 2 biji Hp (k850i & k750)..(Anggaran RM2000) Huhu, kesian aku kat die.. Dah la datang jauh2 ke Shah Alam ni, kena ragut plak.. Aku rasa bersalah gila masa tu sebab tak bawak die naik kete..

Aku terus bawak die gi buat report.. Sempat gak die call handset die dan cakap dengan peragut tu suruh letak kad pengenalan die kat mana2.. Hm.. polis pun tak boleh nak buat apa, sebab aku tak nampak no plat motor peragut tu.. Pasrah jer lah masa tu.. Mujur die pun tabah.. Pas jer kejadian tu, semua kekesalan yg bermula dengan perkataan "kalau" menerjah otak aku yg sememangnya masih lagi bercelaru masa tu.. Bak kata cikgu aku, bila dah keluar perkataan "kalau" dah x guna dah.. Sampai sekarang, aku masih terbayang lagi kelibat 2 ekor peragut tu..

Bila aku pikir2 balik terutamanya lepas solat, hati aku jadi tenang bila aku pikir mujurlah xder saper yang cedera.. Nasib lah awek aku x terjatuh, kalau x naya nak jawab dengan mak bapak die.. Aku baca paper semalam, ada 1 pasangan tu baru lepas tgk wayang, masa nak balik tu kena samun, pakwe die mati kena tetak dengan 5 org penyamun.. Kesian gila, ape salah lelaki tu?? Nak rompak, amik jer lah duit die, kenape nak bunuh plak?? Geram plak aku.. Syukurlah kes aku x macm tu.. Alhamdulillah semua selamat.. Duit boleh cari, IC boleh buat balik, hp boleh beli lagi, tapi nyawa mana nak cari?? Aku rasa syukur sangat2 pada Allah.. Dalam die menguji aku, masih lagi die menyelamatkan aku.. Allah menguji hambanya, sebab die sayangkan hambanya.. die nak hambanya sedar..

Inilah 1st time dan aku harap yg terakhir aku ditimpa peristiwa macam ni lagi.. Bagi kes ni, ada beberapa kesimpulan dan pengajaran yang aku boleh buat, antaranya :

  1. Kalau nak bawak awek jauh2, bawak lah naik keta... Selamat skit..
  2. Bag jangan letak dalam bakul atau atas riba, atau sangkut kat bahu, boleh terjatuh nanti.. Yg baiknya pegang (kalau naik motor)
  3. Peka dengan motor yg menghampiri anda, nampak je die nak ragut, kalau yakin, himpit sikit dan tendang aje peragut tu..
  4. Bagi gurl, janganlah letak semua barang dalam bag, bagi yang penting2 tu mcm bag duit, handphone, letak lah dalam kocek, kalau xder kocek, suruh pakwe pegangkan.. Kurang sikit risiko kerugian yang besar kalau kene ragut pun..
  5. Kalau xdapat tengok no.plat masa kejar tu, tengok kasut org tu pakai, menurut Sarjan Kamal yang amik report awek aku aritu... Sebab baju org biasa tukar, tapi kasut x..
  6. Kalau dapat call peragut tu, dan die janji nak letak IC, atau dokumen penting anda kat mana2, hati2, itu mungkin perangkap.. Suruh aje die letak dalam peti pos kat mana2..
  7. Jangan terus bersedih dengan kehilangan harta benda, kerana nyawa anda masih selamat.. Dan yg paling penting sekali, sentiasa ingat Allah sentiasa ada di sisi hambanya... Sabar banyak2..
Akhir kata, kepada peragut 2 ekor tu, jumpa di mahkamah Allah nanti.. Hehe..
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...