heartbeat.

Friday, August 21, 2009

Ahlan ya Ramadhan..

Ramadhan datang lagi.... Time2 macam ni, biasalah, peniaga akan sibuk membuat persiapan tuk berniaga di bulan puasa ni.. Bazar ramadhan ada, tempahan wat kuih ada.. Kerana diorang tau, di bulan ni t'dapatnya peluang keuntungan yg besar.. Tapi tu keuntungan dunia yg sementara, bgaimana plak dengan keuntungan tuk akhirat yg kekal selamanya?? Dah ke kita wat persiapan untuk menyambut bulan yg penuh mulia ni? Ape persiapan yg perlu kita wat ? Aku ada t'baca kat artikel yg aku amik pas solat jumaat td..Antaranya yg t'tulis kat artikel tu kata, sebelum kita nak sambut Ramadhan ni, kita kena tau perkara2 yg membatalkan puasa, niat puasa dan macam2 gi.. Dalam erti kata lain, samalah macam kita nak beramal, kenalah tuntut ilmu dulu.. Tuk itu aku nak kongsi antara perkara2 yg penting sebelum kita nak menyambut ramadhan ni.. Selamat b'amal.. Jazakallah..

1. Niat puasa tuk sebulan (supaya kalau kita t'lupa nak niat setiap malam, masih sah puasa
kita, i'allah.. )


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat m
engikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.


2. Niat Puasa Harian

“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



3. Solat Terawikh

3.1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam
lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan
atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

3.2 Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3.3 Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini
sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja
supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20
rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali
takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

3.4 Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala

3.5 Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain
juga.

3.6 Solat Witr

1. Sembahyang Sunat Witr

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr
selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara
berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat
yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan
jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...