heartbeat.

Friday, August 21, 2009

Ahlan ya Ramadhan..

Ramadhan datang lagi.... Time2 macam ni, biasalah, peniaga akan sibuk membuat persiapan tuk berniaga di bulan puasa ni.. Bazar ramadhan ada, tempahan wat kuih ada.. Kerana diorang tau, di bulan ni t'dapatnya peluang keuntungan yg besar.. Tapi tu keuntungan dunia yg sementara, bgaimana plak dengan keuntungan tuk akhirat yg kekal selamanya?? Dah ke kita wat persiapan untuk menyambut bulan yg penuh mulia ni? Ape persiapan yg perlu kita wat ? Aku ada t'baca kat artikel yg aku amik pas solat jumaat td..Antaranya yg t'tulis kat artikel tu kata, sebelum kita nak sambut Ramadhan ni, kita kena tau perkara2 yg membatalkan puasa, niat puasa dan macam2 gi.. Dalam erti kata lain, samalah macam kita nak beramal, kenalah tuntut ilmu dulu.. Tuk itu aku nak kongsi antara perkara2 yg penting sebelum kita nak menyambut ramadhan ni.. Selamat b'amal.. Jazakallah..

1. Niat puasa tuk sebulan (supaya kalau kita t'lupa nak niat setiap malam, masih sah puasa
kita, i'allah.. )


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat m
engikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.


2. Niat Puasa Harian

“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



3. Solat Terawikh

3.1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam
lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan
atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

3.2 Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3.3 Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini
sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja
supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20
rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali
takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

3.4 Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala

3.5 Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain
juga.

3.6 Solat Witr

1. Sembahyang Sunat Witr

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr
selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara
berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat
yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan
jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.
Reade more >>

Thanks to my dear..
















Lama dah aku x update blog aku ni.. Kali ni just nak citer pasal peristiwa masa hari lahir aku hr tu (10.08.2009) .. Rasa macam dalam wakenabeb plak.. Hehe.. Biasalah, tiap kali b'day aku m'datang, aku x expect pun ape2 kejutan pun, or even m'harap hadiah dari sesaper.. Kalau sesiapa yg wish kat aku hari tu, dah cukup syukur dah sebab die nak ingat kat aku.. Paling kuat pun, my dear sorang tu jelah yg bagi hadiah.. Tapi kali ni, mmg lain sikit.. Hehe, mana tak nyer, awek aku boleh plak b'subahat dengan kawan aku.. Ari tu, kawan aku Si Piji (terer b'lakon) b'ia2 nak suruh datang umah die... Dalam hati aku, eh xkan bdak2 ni baik sangat plak nak smbut b'day aku.. Hehe.. Tapi, yg disangka macam jadi kenyataan plak.. Tengok2 die balik bawak kek.. Secret Recipe tu.. Mahal siot kek ni.. Aku tanya siape beli, die kata Omar.. Biar betul, baik benor bdak2 ni.. Hehe, bukan kata member2 aku ni jahat, tapi time2 ekonomi x menentu ni, xkan baik benor plak nak beli kek tu aku.. mahal plak tu..

Hehe, dalam keadaan aku yg masih t'tanya2 tu, aku pun msg awek aku, kata member belikan kek.. Aku tengok kat kek tu tulis "Selamat Hari Tua Sayang".. Eh, xkan diorang ni b'syg2 plak ngan aku..nak sedapkan hati, aku pikir mgkin diorang amik dari lagu lagu "selamat hari lahir sayang..." tu kot.. Pas dah siap makan 1 slice, tibe2 aku dapat msg dari awek aku "dia tau ke siapa yg belikan kek tu?" T'kejut aku masa tu... Yelah mati2 aku igt member aku belikan.. Rupanya awek aku... Nasib die t'salah hantar msg kat aku.. Kalau x, smpai esoknyer aku x tau.. hehe.. X tau nak rasa pe masa tu, gembira ada, t'haru ada, malu pun ada kat gf aku.. Yelah, sape yg sangka, die kat Pahang nun sana, boleh plak subahat ngan member aku.. Pe pun, terima kasih lah yer.. Susah2 jer.. Biasa aku boleh baca kalau org nak kenakan aku, hehe tapi kali ni, mmg wa kena beb.. (memory di 10 August 09)
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...