heartbeat.

Monday, July 27, 2009

ASB ?? HALAL atau HARAM??


Tiba2, hati aku tergerak tuk tau status pelaburan ASB ini sebab ada yg mencadangkan aku masuk pelaburan n.. Rupanya memang dah lama benda ni di hujahkan.. Bagi yg dah melabur tu, mestilah berat hati nak tinggal dan cuba tuk menghalalkan.. Aku bukan lah seorang yg cendekiawan, ilmuan or ape je yg boleh dijadikan rujukan..

Tapi aku seorang yg waras yg mampu membezakan antara yg halal atau yg haram.. Dalam hal ini, aku cuba kembali kepada perkara yg basic seperti yg dah di beri tahu oleh Imam Al Ghazali yg juga menjadi pegangan dalam hidup aku, iaitu sesuatu perkara itu, kalau kita rasa was2, hendaklah kita tinggalkan...Tapi adakah bila kita yakin, kita perlu teruskan?? Dalam hal ni, tuk menentukan keyakinan kita, kene lah kita buat kajian sikit.. Senang jer, type je lah kat dalam Google or Yahoo, bacalah segala komen dan perbincangan tentang hal ni..

Pada. aku banyak lagi perlaburan yg halal.. Kenape ASB gak kita nak masuk?? Mestilah sebab kadar faedah die banyak kan? Macam mana ASB boleh bagi faedah yg banyak berbanding dengan pelaburan-pelaburan yg lain? Untuk persoalan ni, korang boleh baca secara detail tentang pengakuan seorang pekerja yg bekerja kat Syarikat Investment kat sini (Pelaburan ASB..Halal atau Haram)

So, kalau x boleh, org Melayu@Islam nak masuk pelaburan pe? Ada yg mencadangkan kita beli emas.. Seperti yg kita tau emas ni harga xkan jatuh.. Ntahlah, aku pun bukan seorang yg pandai melabur, tapi aku sentiasa ingat kata2 lecturer aku.. die kata " Dalam dunia yg bulat ni, satu2 nya perlaburan yg paling secure or selamat adalah Pelaburan Property", macam beli rumah ke, tanah ker... Ada jgak fatwa yg dikeluarkan oleh negeri Perak mengatakan ASB ni harus, atas alasan untuk kekuatan ekonomi sesuatu komuniti.. dalam hal ni, aku x berani nak komen ape2.. Aku terbaca kat satu forum yg di buat oleh Ustaz Zaharuddin yg banyak buat kajian pasal ASB ni.. Menurutnya, fatwa yg mengharuskan ASB ni adalah yg dikeluarkan oleh negeri Perak dan Sarawak shaja, yg lain dari tu mengatakan haram.. Daripada situ, kita dah boleh bt penilaian.. Ada jgak yg mengatakan ASB sekarang dah bersih.. Sejauh mana bersihnya, aku pun x tau.. hehe..

Isu ni agak berat tuk aku kupas sebenarnya, sebab ia menyentuh banyak pihak.. Namun islam mengajar kita, BERANI kerana BENAR, dan ISLAM ITU MUDAH sebenarnya.. Rezeki yg Allah bagi kat kita melimpah ruah, terpulang pada kita nak yang HALAL atau TIDAK.. Kita nak kaya raya sangat nak ke mana??? Dari sudut lain, memang lah penting tuk menjamin kedudukan ekonomi bangsa aku ni.. tapi banyak lagi cara lain tuk menaikannya.. dah dikatakan Perniagaan tu 9/10 daripada pintu rezeki..tapi lumrah Alam..manusia itu sentiasa menginginkan "HASIL" yg besar dengan usaha yg sedikit.. Entahlah.. Yg aku tau, aku takut dengan Azab di alam "sana".. daripada aku berteka teki dengan hal ni, baik aku menjauhinya.. Wallahualam...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG STATUS ASB rujuk disini...

HUKUM ASB-oleh USTAZ ZAHARUDDIN

3 comments:

  1. salam...
    huk3.. tersedak org baca.. hehe..
    dnt wry, org paham... tanx...

    ReplyDelete
  2. hehe, biar t'sedak sekarang, jgn di akhirat nanti..

    ReplyDelete
  3. la..blog pakwe ko rupenye anis...aku search je kt google tjuk ni.. nk bykkn sumber..biar jelas.. =) neway tq...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...