heartbeat.

Tuesday, June 16, 2009

Rengit Parade..

Ari ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti aku pada pagi hari, di hari minggu... Hehe.. Location nye bukan di Rengit, tapi di sekitar kawasan Pasar Awam Batu Pahat.. Kenapa nama die Rengit Parade??? Hehe, nama ni family aku yang bg sebab barang2 tu dibawa oleh org2 kuala yang duk di Rengit.. Actually, ni bukan sahaja activity aku seorang, tp juga aktiviti family aku jgak.. Hehe, aktivitinye adalah mencari barang2 2nd hand yang berjenama lagi mantop dengan harga yang amat keterlaluan rendah + tidak masuk akal.. Banyak gak barang2 yg telah berjaya di beli oleh family aku.. Antara penyumbang terbesar, adalah Abg aku (Apis).. Hehe.. Peminat hardcore tu barang2 rengit.. Kalau biasa payah nak bangun pagi, tapi disebabkan barang Rengit punya pasal pukul 7 dah keluar rumah.. hehe.. Mula2, mak aku bising gak kat abg aku yg dikatakan duk ngutip barang yg dah dibuang org.. Sekali skrg, die lagi advance, siap tau hari bila org tu bawak brg baru.. Huhu.. Tuk makluman, ramai gak makcik2 yg cari brg kat sini.. terutamanya periuk, bantal bulu itik, carpet, mangkuk dan sebgainya..

Antara kejayaan paling besar adalah berjaya membeli Router Wireless jenama LINKSYS, dengan harga RM60 je.. Hehe, mmg berbaloi.. tuk makluman jenama ni, mmg mahal di pasaran.. RM250 lebih kurang.. Disebabkan itu, rumah aku telah dilengkapi dengan Jaringan Jalur Lebar Tanpa Wayar..hik3.. juga lebih dikenali sebagai WIFI.. Sesuai dengan keadaan yang mana masing2 ada satu laptop tuk guna internet.. Yg terbaru Radhi(adik) berjaya membeli speaker ALTEC LANSING dengan harga RM35 je.. try tengok kat pasaran berapa harga speaker berjenama ni.. x mampu nak pakai kalau beli baru.. hehe.. Kualiti mmg tip top.. Macam kat wayang dah kat umah aku tu.. Tapi jaga2, boleh gian beb.. mana tak nyer, kalau dah dapat beli barang baik dengan harga murah, mestilah teringin nak cari lagi kan..hehe

Kat sini, barang pelik2 pun boleh jumpa... Dikatakan, asal barang ni adalah datang dari Singapore..dengar kata, org Singapore ni kalau nak pindah umah, die buang je barang2 lama, sebab kos nak sewa lori mahal.. hehe x taulah.. Disebabkan itu, orang2 Kuala or org Asli yg mendapat keistimewaan daripada Sultan Johor, memberi permit hanya kepada golongan ini untuk mengambil barang2 tersebut... Yang pastinya barang2 Singapore mmg berkualiti.. Cakap banyak x guna.. tengok jer lah barang2 yang aku sempat amik gambar tuk minggu lepas ni..

3 comments:

  1. wah2.. sonok la gitu.. nk jugk.....hehe

    ReplyDelete
  2. nak turun bp lah..hehe

    ReplyDelete
  3. hehe.. trn bp? da trn da.. tp xde org ajk pun.. huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...