heartbeat.

Friday, June 26, 2009

Sebuah kisah sedih… Cintai dirinya..

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati
dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan
sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan
penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan
berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat.

Kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang
berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan
dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenangnya.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku
pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah
ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat
kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan
lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,peliharalah
shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangisan mulai
terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di
wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii…" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada kita. Sampaikan kisah ini kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin...
Reade more >>

Wednesday, June 17, 2009

Anti Virus.. MANTOP!


Salam.. Ari ni, aku nak share sesuatu yang berfaedah dan teramatlah pentingnye tuk komputer anda iaitu Anti Virus.. Benda ni memang sentiasa mendapat permintaan daripada member2 aku.. Hehe, yang tak boleh blahnyer, terutama gurl..Siap boleh beli tu.. Rasa macam nak suruh diorang bayar kat aku jer.. Kan boleh dapat free je.. Ada yg xnak beli, sanggup biarkan computer diorang xder Anti Virus.. Hehe.. Asal bahagia lah.. Nape guna AVG?? nape x guna Kaspersky(KAV), Avira, Norton or sbgainya??





  1. sebab die FREE dan licence sampai 2018.. Xnak ker?? hehe
  2. sebab die dah dilengkapi dengan antivirus dan juga internet security.. So all virus, cookies, and spyware dapat dinyahkan dengan sempurna..
  3. AVG ringan lagi daripada KAV, jadi time nak start up computer x lah lembap gila..
  4. Kalau yg xder internet tu boleh Update Offline jer.. Tp still kena pakai internet lah tuk download die punya update file tu..
  5. Tidak melecehkan, kerana licence die ni jarang kene blacklist mcm KAV
OK, xnak banyak cerita, download jer AV ni kat link dibawah..

1. AVG 8.0 installer
2. serial number


Segala pertanyaan boleh lah diajukan di bahagian comment di hujung kanan post ini.. Enjoy!!
Reade more >>

Tuesday, June 16, 2009

Rengit Parade..

Ari ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti aku pada pagi hari, di hari minggu... Hehe.. Location nye bukan di Rengit, tapi di sekitar kawasan Pasar Awam Batu Pahat.. Kenapa nama die Rengit Parade??? Hehe, nama ni family aku yang bg sebab barang2 tu dibawa oleh org2 kuala yang duk di Rengit.. Actually, ni bukan sahaja activity aku seorang, tp juga aktiviti family aku jgak.. Hehe, aktivitinye adalah mencari barang2 2nd hand yang berjenama lagi mantop dengan harga yang amat keterlaluan rendah + tidak masuk akal.. Banyak gak barang2 yg telah berjaya di beli oleh family aku.. Antara penyumbang terbesar, adalah Abg aku (Apis).. Hehe.. Peminat hardcore tu barang2 rengit.. Kalau biasa payah nak bangun pagi, tapi disebabkan barang Rengit punya pasal pukul 7 dah keluar rumah.. hehe.. Mula2, mak aku bising gak kat abg aku yg dikatakan duk ngutip barang yg dah dibuang org.. Sekali skrg, die lagi advance, siap tau hari bila org tu bawak brg baru.. Huhu.. Tuk makluman, ramai gak makcik2 yg cari brg kat sini.. terutamanya periuk, bantal bulu itik, carpet, mangkuk dan sebgainya..

Antara kejayaan paling besar adalah berjaya membeli Router Wireless jenama LINKSYS, dengan harga RM60 je.. Hehe, mmg berbaloi.. tuk makluman jenama ni, mmg mahal di pasaran.. RM250 lebih kurang.. Disebabkan itu, rumah aku telah dilengkapi dengan Jaringan Jalur Lebar Tanpa Wayar..hik3.. juga lebih dikenali sebagai WIFI.. Sesuai dengan keadaan yang mana masing2 ada satu laptop tuk guna internet.. Yg terbaru Radhi(adik) berjaya membeli speaker ALTEC LANSING dengan harga RM35 je.. try tengok kat pasaran berapa harga speaker berjenama ni.. x mampu nak pakai kalau beli baru.. hehe.. Kualiti mmg tip top.. Macam kat wayang dah kat umah aku tu.. Tapi jaga2, boleh gian beb.. mana tak nyer, kalau dah dapat beli barang baik dengan harga murah, mestilah teringin nak cari lagi kan..hehe

Kat sini, barang pelik2 pun boleh jumpa... Dikatakan, asal barang ni adalah datang dari Singapore..dengar kata, org Singapore ni kalau nak pindah umah, die buang je barang2 lama, sebab kos nak sewa lori mahal.. hehe x taulah.. Disebabkan itu, orang2 Kuala or org Asli yg mendapat keistimewaan daripada Sultan Johor, memberi permit hanya kepada golongan ini untuk mengambil barang2 tersebut... Yang pastinya barang2 Singapore mmg berkualiti.. Cakap banyak x guna.. tengok jer lah barang2 yang aku sempat amik gambar tuk minggu lepas ni..

Reade more >>

Monday, June 15, 2009

Rumah Atuk ku TRANSFORM..











Bersempena dengan cerita TRANSFORMER 2 yang akan keluar 24hb Jun nanti (mesti tengok kat wayang ;D), Jadi atuk aku pun tak nak ketinggalan men'transform'kan rumahnyer agar menjadi lebih mantop dan mengghairahkan cucu2, menantu dan anak2nyer untuk datang ke rumah dier..hehe.. Actually xder lah transform mana, Just, cat baru jer..haha..

Credit tuk KONTRAKTOR Faiz dan sub cont die (Radhi, Farid dan his friends-Qayum) yang sanggup amik tender cat umah atuk.. hehe.. Jadi cucu kesayangan atuk ar pas ni.. Aku? Hehe, disebabkan aku practical, so ari minggu jer lah tolong sikit2.. Banyak gak cerita yang aku dengar dari Faiz(cousin).. berkenaan dengan atuk yang komen cara die cat lah, warna x berkenan lah, die ingat faiz tu akulah, dan sbgainya.. Hehe, tu lah.. jangan main2 dengan atuk aku ni.. TAIKO bab tukang menukang ni..jangan ingat leh wat cincai je.. hehe.. Yang x tahan, atuk aku kata kos cat rumah die tu di tanggung oleh anak Ayah Uda(pakcik aku) ..hehe, padahal die yang bagi RM1000 kat makcik aku.. Ntahlah..

Per pun, hope keluarga Tok Cai pas ni kan lebih ceria, dan selalu lah jengok2 atuk di kampung tu.. Itu jelah satu2nya atuk aku yang tinggal.. Tanx tok belanja kita orang makan durian.. hehe
Reade more >>

Result Exam...

Lama dah x update blog aku ni.. Kali ni ada sesuatu yang nak aku kongsi disini.. Aku x tau nape, yang pastinye, ntah kenape aku x rasa b'debar or excited lgsung nak tggu result exam kluar .. Ada kah disebabkan aku dah pasrah or tahap tawakal aku dah sampai tahap membanggakan?? Ntahlah.. yang pastinye, aku tau aku dah buat yang terbaik waktu exam aritu.. Semua keringat telah aku curahkan semata-mata tuk naik kan CGPA aku yg dah 'tergelincir maut' sem lepas.. Sakit beb nak naik kan balik...

Terdapat khabaran mengatakan Result keluar 11hb Jun 2009.. Seperti yang di khabarkan memang result keluar tarikh tu..tp seperti yang aku jangka, data system uitm akan 'mengong' waktu-waktu kritikal macam ni..hehe, dari pagi hingga ke petang.. rupanya malam baru boleh tengok.. Itu pun berape kali gak aku duk me'referesh' jer mozilla firefox.. Lepas jer aku masuk nombor pelajar and nombor IC... LOADING.............................. 1st kali, biasa kalau aku cek result, aku akan cek kan bahagian status, sama ada LULUS kosong je atau pun ada LULUS yang panjang sikit..hehe..

Alhamdulillah....aku dapat lulus yang panjang sikit..iaitu LULUS (Anugerah Dekan)..Hehe.. Yeah... Rasa puas gila, dah penat2 usaha.. dapat tengok perkataan tu.. berbaloi beb.. hehe.. Walau pun dekan cukup2 makan dan CGPA naik 0.01 jer.. Tp kira syukurlah tu, daripada turunkan.. Per pun azam sem depan kena ar naik kan lagi CGPA aku.. Mudah-mudahan dapat lah hendaknya.. Amin.. Nampaknya, dah kena start puasa nazar lah aku secepat yang mungkin.. Thank You ALLAH..
Reade more >>

Sunday, June 7, 2009

How to flash Sony Ericcson K850i




















2,3 hari ni.. Internet lah yg jadi peneman aku.. Hehe.. Bkn pe, smua family aku, pergi P. Redang.. Tgglkan aku sorang2 ni yang terpaksa x pergi, sebab praktikal aku x habis lagi.. Di sebabkan itu, aku pun modified skit lah hp aku K850i ni.. Sebenarnya aku nak share skit cara2 nak modified hp jenis ni.. (KHAS untuk handphone jenis A2 sahaja-reffer jenis2 hp A2 di akhir post ini)

Pendahuluan..
Biasa nye semua hp sony ericcson yg belum modified system die, kira ori lah, dinamakan sebagai BRANDED. Bg branded phone ni, die dah restricted supaya x boleh ubah die punya sytem(called FS-File system). So, korang akan hanya mampu tukar theme die shj tanpa dapat ubah die punya menu ikon. Jadi boring lah, pakai icon menu yg sama je.. Kita nak yg boleh gerak2 macam ni..

















Jadi, tuk buat menu(flash menu) macam ni, hp anda kene di "UNBRANDED" kan dulu.. iaitu ubah die punya FS(file system) supaya segala had yg menghalang tidak terjadi lg.. Tp cara ni akan membuatkan waranti hp anda terbatal.. Kalau nak ada waranti balik, kene mode balik pada yang asal.. So DO IT FOR UR OWN RISK! Kalau yg waranti dah habis 2 memang xde hal la.. Jd macam mana nk buat?

Keperluan :
  1. USB cable yg sesuai tuk cucuk hp kat kmpter XP. Kalau vista cr lain skit (aku gune cable DCU-60)
  2. Software.. iaitu
Cara-cara

STEP 1

1. Ok, sebelum ape2 hal, backup no.phone, picture dgn lagu yg anda nak (masuk kan semua dalam memory card)
2. Install USB flash driver> extract usb flash driver yg dah di download kat destination yg
anda boleh ingat, contoh:desktop or my document ke.. Kemudian :
  • switch off hp
  • keluarkan batery dengan memory card
  • masuk kan balik batery(memory card xpyh) dan jgn on hp
  • cucuk usb cable ke komputer
  • tekan dan hold 'C' atau bg yg xde btg 'C' (tekan button 1+2 ) dan baru cucuk port usb ke bhgian bawah hp..
  • Jgn lepas tekan 'C' sampai diberitahu
  • Perkataan "SEMC USB Flash Device" akan keluar di bhgian bawah kanan bar
  • Pastu akan keluar perkataan "Found new hardware wizard" dan keluar window tuk search driver..
  • PilihNo, not this timedan tekan "Next"
  • Then pilih "INSTALL FROM A SPECIFIED LOCATION(ADVANCED)", pastu pilih “Search for the best drivers in these locations”,
  • Next tanda pada“Include this location in this search” dan "browse(cari)" folder USB flash driver yg anda extract td dan click NEXT...
  • Tggu sekejap sehingga driver siap di'install..
  • Sekarang..bukak kat folder USB flash driver td, cari file "ggsemc.inf" file, click kanan kat file tu, dan tekan kat perkataan install.. (skrg br leh lpas tkan "C") Then siap.. dah blh cabut dah USB cable..
Hehe, tu baru siap install USB flash driver tuk bagi A2uploader boleh recognize..belum "UNBRANDED" hp lagi..

STEP 2 Unlocking Phone

Secara generalnye, DEBRANDing phone tidak membuat hp tu UNLOCK lagi.. Kalau x unlock, program A2uploader xkan boleh kesan system hp anda.. So kene unlock dulu k.. Tuk unlock, anda kene pakai SOFTWARE ni..
Tuk pkai software ni, kene register dulu tuk dapat kan username dengan password anda.. PERCUMA je..pastu:

  • Bukak program Aerix Tool
  • Switch off hp, cabut bateri dan masukan balik (tuk safety, keluarkan memory card skali)
  • Connect cable pd computer dulu, tekan "C" pd hp dan "HOLD", dan cucuk cable pd hp..
  • Lepas Aerix Tool recognize, tekan kat UNLOCK macam dlm gambar di bawah.. Masa yg akan diambil untuk unlock lebih kurang 2 minit.. Dah siap br lepas "C" then dah boleh cabut cable.. SIAP














STEP 3 DE-BRANDING PHONE

Ok, skrg hp anda dah di unlock, dan untuk debrand kan hp, terdiri daripada beberapa part :

PART 1
  • Bukak program CDA generator yg anda dah download awal2 td dan pilih model handphone dengan region(amik Asia) dan click "Generate XML file"
  • Anda akan mendapat file bernama "customize_upgrade" di dalam folder CDA generator, dan biar jer file tu dlm folder tersebut.
PART 2














  • Bukak software A2uploader, dan click "File System Tool"
  • macam biasa, off hp, cabut dan masukan bateri balik (tuk keselamatan keluarkan memory card sekali), tekan "C" dan jangan lepas semasa nak connect cable pada hp
  • JANGAN LEPAS "C" sehingga A2uploader recognize hp anda (lebih kurang 1 atau 2 minit)
  • bukak folder tpa/preset/custom (NOTE : bermaksud, tekan tpa dulu,preset dan seterusnya custom)
  • anda akan jumpa 2 file iaitu : "customize.xml" dan "preloaded_config.xml"
  • Click kanan kat 2 file tersebut, dan click "Read" cara ni akan BACKUP file system anda di dalam folder A2uploader..simpan dengan selamat file tersebut sbgai langkah keselamatan jika berlaku ape2 hal..(jgn tutup A2uploader)
  • kemudian cari balik file "customize_upgrade" yg dah dibuat kat PART 1 td..
  • dah jumpa, minimize kan window, dan bukak A2uploader balik, dan bkak folder tpa/preset/custom (oleh kerana kita dah bukak td, xpyah la cr lagi..hehe)
  • OK, skrg just drag file "customize_upgrade" masuk ke folder "tpa/preset/custom"
  • Skrg, click "Shutdown FS Manager", disconnect cable, cabut dan masukan balik bateri, dan on hanphone anda..
  • Tggu sekejap sampai hp anda stabil (tuk tau dah stabil x, bg hp k850i, pegi kat media, dan dia akan loading update seperti gambar,music dan video sehingga 100%)
Part 3

  • pastikan anda dah install "Adobe Flash Player" (kalau boleh bukak video kat You tube tu mksudnye dah install lah tu)
  • skrg install software SEUS dan ikut je instruction yg ada kat screen tu.. Software ni akan download firmware baru dan update kat dlm hp anda (sekarang firmware terbaru K850i adalah RIFA035...) Kalau nak check firmware pe pkai sekarang tekan kanan,*,kiri,kiri,*kiri*, then pergi kat kat software info. SEUS akan flash system hp anda mengikut file customize_upgrade yg anda dah masuk kan td.. Sebab tu masa kat CDA generator td kene pilih jenis hp dan region.. Kalau yg amik selain daripada asia tu, xder bahasa melayu lah dalam hp die..dan mungkin mengalami problem bhsa.
  • Kalau SEUS kata dah up to date, maka x payah lah up date lagi..dah siap dah
  • Ok, skrg dah siap proses DE-BRANDING.. tuk masuk menu yg menarik, akan di ajar di POST yg seterusnya.. nantikan.. hehe
Note:
  1. Cara ni aku dah praktikal kat hp K850i je, hp lain x try lagi(only for Sony Ericsson).. ia hanya tuk hp jenis A2 sahaje seperti : C510, C702, C901, C902, C903, C905, G905, G705, K630, K660, K850, K858, T700, TM506, V640, W595, W705, W715, W760, W890, W902, W908, W910, W980, Z750, Z770, Z780
  2. Pastikan bateri hp 80% keatas, kalau laptop, pastikan pakai cable power supply dan bateri (incase kalau tibe2 blackout ke, selamat lagi).. Dan jgn pkai computer yg lembab gila tuk mengelakan hang or stuck (WARNING: jika semasa proses Flashing hp anda berlaku hanya separuh jalan, ia akan menyebabkan hp anda rosak dan x dapat di on)
Tuk maklumat lanjut lawati :
1.Debrand A2/DB3150 Sony Ericsson Phone
2.A2uploader Tutorial
3.Install USB flash driver

Reade more >>

Link Anime..

Link ni aku provide special atas request member aku.. Die ngadu, kt u dia asyik kene blog jer.. hehe.. Actually ada jer software yg boleh by pass blocking website macam ultrasurf n aku dgr freegate pun boleh.. Tapi biasa aku pkai ultrasurf jer nak lepas dr web block uitm internet system.. hehe.. Jangan salah sangka plak, bkn aku nak guna tuk bkak benda x elok.. hehe.. Cma kadang2 tu nak bkak friendster xblh..

Ok, enough pasal 2.. Ni aku nak kongsi link ni.. tapi sbnrnye aku amik dari forum syok.org.. Kat situ macam2 ada.. So sape2 yg nak masuk, kene lah daftar dulu.. free jer.. Nak benda free, kenalah usaha sikit kan.. Dah lepas daftar, baru leh tekan link ni k..


Reade more >>

Tuesday, June 2, 2009

Recommended Laptop

Ari ni aku nak share pasal laptop Acer model yg agak baru lah.. iaitu model 4935.. Ari tu aku pusing2 kat court mamoth, ternampak laptop ni.. Tengok2, agak mantap gak.. Siap ada finger print identification tu.. Ram maximum blh sampai 4gb, sound die leh touch2 je, ala2 macam sensor gitu.. hehe.. Dan yg paling yg x tahan dah tentulah harga die.. RM2200 je.. Tu kat courth, kalau kat Low Yat dah tentulah lagi murah dan dpt mcm2 benda free lain..aku tgk RM1950 kat low yat.. Xpuas hati betul, dulu aku beli laptop mahal.. x dapat spec macm ni plak 2.. hehe Aku ada terbaca kat satu forum, die kata internet pun laju untuk model ni.. dan di recommend tuk amik model 4930 ke atas tuk acer.. Bukan nak promote tuk Acer, tapi mmg dah terbukti.. Ada testimonial dari 2 org penjual laptop, satu jual acer, lg satu jual Compaq.. dan terbukti org yg jual Compaq ni rugi sebab ramai pengguna claim warranty berbanding dengan yg jual Acer ni.. Haha.. Entahlah.. Tepuk dada tanya selera.. secara detailnya, tgk lah sp esifikasi model laptop ni...





Spesifikasi

Platform :
- Intel® Centrino® processor technology
- Intel® Core™2 Duo mobile processor T6400 (2MB L2 cache, 2.0GHz, 800MHz FSB)
- Mobile Intel® GM45 Express Chipset

Main Memory :
- 1GB DDR2 memory
-
Upgradeable to 4GB DDR2 RAM, using two soDIMM modules


Display :
- 14" HD WXGA CrystalBrite™ colour TFT LCD
- 1366 x 768 pixel resolution
- High-brightness (200-nit) Acer CineCrystal™ TFT LCD (Golden Ratio 16:9)

Graphics :
- Integrated Intel Graphic Media Accelerator

Audio Subsystem :
- Dolby®-optimized surround sound system with two built-in stereo speakers - Optimized 2nd Generation Dolby Home Theater®10 audio enhancement, featuring Dolby® Digital, Dolby® Digital Live, Dolby® Pro Logic® IIx, Dolby® Headphone, Dolby® Natural Bass, Dolby® Sound Space Expander technologies
- True5.1-channel surround sound output
- High Definition Audio support
- S/PDIF (Sony/Philips Digital Interface) support for digital speakers
- MS-Sound compatible
- Acer PureZone technology with two built-in stereo microphones

Storage System :
- 320GB HDD SATA hard disk drive

Optical Drives : DVD SuperMulti Double Layer Drive

Communication : - Integrated eSATA port Crystal Eye High-Def webcam with Acer PrimaLite™ - Acer Bio-Protection fingerprint solution - Modem: 56K ITU V.92 with PTT approval, Wake-on-Ring ready - LAN: Gigabit Ethernet, Wake-on-LAN ready - WLAN: Intel® Wireless WiFi Link 802.11a/b/g/Draft-N), featuring MIMO technology - WPAN: Integrated Bluetooth® 2.0+EDR (Enhanced Data Rate)

Power :- ACPI 3.0 CPU power management standard: supports Standby and Hibernation power-saving modes - 48.8 W 4400 mAh 6-cell Li-ion battery pack 3-hour battery life - Acer QuicCharge™ technology - 3-pin 90 W AC adapter - Energy Star 4.0

Special keys & control :- 88-/89-key keyboard with inverted "T" cursor layout, 2.5 mm (minimum) key travel - Touchpad pointing device with Acer Bio-Protection fingerprint reader1, featuring Acer FingerNav 4-way control function - 12 function keys, four cursor keys, two Windows® keys, hotkey controls, embedded numeric keypad, international language support, independent US dollar and Euro symbol keys - Empowering Key - Easy-launch buttons: WLAN, Internet, email, Bluetooth®, Acer Arcade™ - Acer MediaTouch keys: play/pause, stop, previous, next - Volume wheel

I/O Ports :- 3 x USB 2.0 ports - 1 x Acer EasyPort IV connector - 1 x ExpressCard™/54 slot - 1 x 6-in-1 Media Reader - 1 x HDMI™ port with HDCP support - 1 x Consumer infrared (CIR) port - 1 x External display (VGA) port - 1 x Headphone/speaker/line-out jack with S/PDIF support - 1 x Microphone-in jack - 1 x Line-in jack - 1 x Ethernet (RJ-45) port - 1 x Modem (RJ-11) port - 1 x DC-in jack for AC adapter

Warranty : 1-year limited local and international Traveller's (carry-in) warranty

Dimension & weight :- 340.4 (W) x 247 (D) x 22.9/42.3 (H) mm - 2.5 kg


Reade more >>

Perasmian Blog..


Hari ni, 02 Mei 2009, lokasi di Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor, time practical ni aku curi2 bt blog plak.. hehe.. Report practical tak 'd'jamah lgsung' benda ni plak aku sibuk buat.. Per pun aku saja bkak blog ni dengan harapan dapt share sesuatu.. Harap dapat memberi manfaat..

Aku Mohd Rahimi bin A. Rahman dengan lafaz bismillah.. merasmikan kan pembukaan blog ni.. ;p
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...