heartbeat.

Wednesday, December 30, 2009

Sem akhir.. 2010.. New Chapter..













Lama dah tak aku tak mengaktif kan diri dalam dunia blog aku ni.. Cewah.. nak feeling2 plak aku ni.. Hehe. Bermulanya tahun baru 2010, bermakna pengakhiran sem untuk aku study di uitm tercinta.. Harap2 betul lah ini sem akhir tuk aku.. tak mau lah repeat2.. Hehe. Kalau nak diimbas tahun 2009 punya cerita, memang banyak, tapi yang betul2 beri impak dalam hidup aku masa kes kena ragut lah.. Lagi satu masa menang PS3 kat lelong aritu.. Memang best.. Macam mimpi pun ada.. Huhu.. Maklumlah, xpernah menang cabutan bertuah, sekali menang nombor satu plak..

Dah lah, sekarang masa nya tuk tutup buku lama dan bukak buku baru tuk tahun 2010 ni. Azam aku tahun ni, hehe nak kurus kan badan lah, nak target dapat 1st class dalam ijazah Ukur Bangunan aku ni, n nak try kumpul duit banyak2, dan yang penting sekali nak try wat amal ibadat banyak2 serta mendekatkan diri pada Nya.. Hehe, dengar macam best jer, tapi nak merealisasikannya memang perit.. Ni belum apa-apa hal, laptop dah rosak dah.. Huhu, maut beb, sem depan dah nak kena siapkan thesis.. Kolej tak tentu lagi dapat ke idak.. Kerja?? Ish, tu lagi lah, tak terpikir pun.. Semua tu membuat kan aku rasa takut plak nak hadapi, harap2 ketakutan ini, dapat membuatkan aku lebih berusaha keras lagi.. Amin. Kita merancang, yang tentukan Dia..

Sesuatu untuk aku... 9.54@Batu Pahat. Johor
Reade more >>

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya !!


Allhamdulillah aku ucapkan banyak2 kepada Allah yang maha Esa yang telah memberikan aku kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di Bulan Ramadhan yang mulia ni.. Terlalu sekejap aku rasakan Ramadhan berlalu dan tup2, Syawal dah menjelma.. Tepat pukul 8.17 malam tadi, pengumuman tarikh Hari Raya bagi tahun 2009 jatuh pada hari Ahad, 20 hb September... Syahdu gila masa baca takbir tadi.. Dah 1 bulan kita puasa, menahan semua pacaindera kita dari melakukan dosa, kejap jer dah saatnye kita menyambut saat kemenangan ini.. Namun perjuangan masih belum selesai lagi selagi hayat dikandung badan...Syaitan tetap akan berusaha menyesat kan kita..

Tahun ni family aku raya kureng sikit,hehe.. sebab yang mana belum kahwin jer ada time raya pertama ni.. So aku tiga org jer lah yg menemani ayah dan emak aku raya tahun ni.. Yang lain semua raya kat rumah mertua.. Terasa gak.. biasa ramai anak2 sedara aku ada time2 macam ni.. meriah gila.. Nak wat macam mana dah tahun giliran raya umah mak mertua.. Hehe.. Nasib aku lum kahwin lagi.. dapat lah teman mak bapak aku ni..

Persiapan biasa2 jer tahun ni.. Tapi kuih banyak gak mak aku beli.. hehe.. Terpaksa la aku amik skit time nak balik uitm nanti.. Dikesempatan ini, aku nak ucapankan Selamat Hari Raya Aidil Fitri especially kepada Hanis Farzana, rakan2 dan sahabat yang aku sayangi semua.. x lupa gak kepada sesiapa yang meluangkan masa membaca blog aku ni.. Aku ucapkan Selamat Hari RAya semua!! Aku mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut atas segala silap dan salah yang telah aku lakukan, terkasar bahasa kat blog ni, terlanjur perkataan, aku dahului dengan mohon maaf zahir dan batin.. Kalau ada termakan atau terminum mintak halal yer..

Akhir kata, Semoga Aidil Fitri di tahun ini dapat mengembalikan kita kepada Fitrah diri kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil dan tidak mendatangkan sedikit pun manfaat atau mudarat kepada Allah.. Semoga amalan kita semua diterimanya.. Amin.... Yang mana tau rumah aku, jemput lah datang!!
Reade more >>

Saturday, September 19, 2009

Langit X Selalunya Cerah...





















Alhamdulillah, lebih kurang kul 9.30 malam, 11hb September (Jumaat) aritu, my dear selamat sampai ke UiTM yang x seberapa ni, hasil usahanya dan rakan2 die.. Hehe.. tanx to her sebab sudi payah2 datang tuk jumpa aku.. Sori sgt kat die sebab x dapat nak sediakan penginapan yang selesa, terpaksa lah die duk kat kolej Melati secara illegal..kena plak tu time die datang, air xder.. hehe, wat malu jer uitm ni, time pelawat datang, time tu lah die nak betulkan pipe..

Macam biasa lah, xkanlah dah datang Shah Alam, nak duk kat uitm jer.. Kenalah aku bawak jalan2.. Kita org pun baik punya planning nak gi mana, buka kat mana, tgk wayang kat mana.. hehe.. 1st, ari Sabtu (hari kejadian), aku bawak dier gi Bukit Cerakah.. Saja aku bawak die gi situ, nak bagi merasa masuk rumah 4 musim tu.. Kebetulan, time tu musim bunga, so dapat lah tengok bunga2 yang menarik lagi cantik kat situ.. Pas tu aku bawak die pegi tengok wayang kat Jusco dan die pun berazam nak belikan aku baju raya.. Hehe, masa nak beli baju tu, sempat gak die merajuk,, maaflah yer.. ;p . Hasilnya, aku dapat 2 helai baju dan die pun dapat 2 helai baju., Hehe, dua2 baju sama design n sama colour.. Pastu, aku planning nak ajak buka puasa kat bandar..



















Aku pun x tau ape hikmahnya di sebalik peristiwa hitam ni.. Dalam perjalanan aku nak gi berbuka tu (naik motor Yamaha Sport buruk aku), sewaktu di Seksyen 19, aku rasa pelik nape die x pegang bahu aku.. (masa tu die letak bag die atas riba die).. Biasa die pegang bahu aku..(macam dah takdir je).. Tibe2 ada tangan dengan secara ganasnya amik bag plastik berisi baju.. baju baru aku tu (geram gila aku..hehe).. Aku masa tu tergamam.. Aku ingat awek aku yg amik baju tu dari belakang.. Sekali tgk2 ada kelibat 2 mamat naik motor 125z dah amik baju aku tadi dan ragut bag awek aku.. Aku sempat jerit Hoi!! jer masa tu.. Aku try tengok no. plat die, tapi member die tutup plak.. Kurang hajar betul.. Yamaha sport vs 125z ?? dah tentu ar aku x dapat nak kejar.. Sedih aku, tgk org tu hilang depan mata aku bersama dengan bag awek aku yang berisi kad pengenalan, kad atm, wang tunai RM200, 2 biji Hp (k850i & k750)..(Anggaran RM2000) Huhu, kesian aku kat die.. Dah la datang jauh2 ke Shah Alam ni, kena ragut plak.. Aku rasa bersalah gila masa tu sebab tak bawak die naik kete..

Aku terus bawak die gi buat report.. Sempat gak die call handset die dan cakap dengan peragut tu suruh letak kad pengenalan die kat mana2.. Hm.. polis pun tak boleh nak buat apa, sebab aku tak nampak no plat motor peragut tu.. Pasrah jer lah masa tu.. Mujur die pun tabah.. Pas jer kejadian tu, semua kekesalan yg bermula dengan perkataan "kalau" menerjah otak aku yg sememangnya masih lagi bercelaru masa tu.. Bak kata cikgu aku, bila dah keluar perkataan "kalau" dah x guna dah.. Sampai sekarang, aku masih terbayang lagi kelibat 2 ekor peragut tu..

Bila aku pikir2 balik terutamanya lepas solat, hati aku jadi tenang bila aku pikir mujurlah xder saper yang cedera.. Nasib lah awek aku x terjatuh, kalau x naya nak jawab dengan mak bapak die.. Aku baca paper semalam, ada 1 pasangan tu baru lepas tgk wayang, masa nak balik tu kena samun, pakwe die mati kena tetak dengan 5 org penyamun.. Kesian gila, ape salah lelaki tu?? Nak rompak, amik jer lah duit die, kenape nak bunuh plak?? Geram plak aku.. Syukurlah kes aku x macm tu.. Alhamdulillah semua selamat.. Duit boleh cari, IC boleh buat balik, hp boleh beli lagi, tapi nyawa mana nak cari?? Aku rasa syukur sangat2 pada Allah.. Dalam die menguji aku, masih lagi die menyelamatkan aku.. Allah menguji hambanya, sebab die sayangkan hambanya.. die nak hambanya sedar..

Inilah 1st time dan aku harap yg terakhir aku ditimpa peristiwa macam ni lagi.. Bagi kes ni, ada beberapa kesimpulan dan pengajaran yang aku boleh buat, antaranya :

  1. Kalau nak bawak awek jauh2, bawak lah naik keta... Selamat skit..
  2. Bag jangan letak dalam bakul atau atas riba, atau sangkut kat bahu, boleh terjatuh nanti.. Yg baiknya pegang (kalau naik motor)
  3. Peka dengan motor yg menghampiri anda, nampak je die nak ragut, kalau yakin, himpit sikit dan tendang aje peragut tu..
  4. Bagi gurl, janganlah letak semua barang dalam bag, bagi yang penting2 tu mcm bag duit, handphone, letak lah dalam kocek, kalau xder kocek, suruh pakwe pegangkan.. Kurang sikit risiko kerugian yang besar kalau kene ragut pun..
  5. Kalau xdapat tengok no.plat masa kejar tu, tengok kasut org tu pakai, menurut Sarjan Kamal yang amik report awek aku aritu... Sebab baju org biasa tukar, tapi kasut x..
  6. Kalau dapat call peragut tu, dan die janji nak letak IC, atau dokumen penting anda kat mana2, hati2, itu mungkin perangkap.. Suruh aje die letak dalam peti pos kat mana2..
  7. Jangan terus bersedih dengan kehilangan harta benda, kerana nyawa anda masih selamat.. Dan yg paling penting sekali, sentiasa ingat Allah sentiasa ada di sisi hambanya... Sabar banyak2..
Akhir kata, kepada peragut 2 ekor tu, jumpa di mahkamah Allah nanti.. Hehe..
Reade more >>

Friday, August 21, 2009

Ahlan ya Ramadhan..

Ramadhan datang lagi.... Time2 macam ni, biasalah, peniaga akan sibuk membuat persiapan tuk berniaga di bulan puasa ni.. Bazar ramadhan ada, tempahan wat kuih ada.. Kerana diorang tau, di bulan ni t'dapatnya peluang keuntungan yg besar.. Tapi tu keuntungan dunia yg sementara, bgaimana plak dengan keuntungan tuk akhirat yg kekal selamanya?? Dah ke kita wat persiapan untuk menyambut bulan yg penuh mulia ni? Ape persiapan yg perlu kita wat ? Aku ada t'baca kat artikel yg aku amik pas solat jumaat td..Antaranya yg t'tulis kat artikel tu kata, sebelum kita nak sambut Ramadhan ni, kita kena tau perkara2 yg membatalkan puasa, niat puasa dan macam2 gi.. Dalam erti kata lain, samalah macam kita nak beramal, kenalah tuntut ilmu dulu.. Tuk itu aku nak kongsi antara perkara2 yg penting sebelum kita nak menyambut ramadhan ni.. Selamat b'amal.. Jazakallah..

1. Niat puasa tuk sebulan (supaya kalau kita t'lupa nak niat setiap malam, masih sah puasa
kita, i'allah.. )


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat m
engikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.


2. Niat Puasa Harian

“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



3. Solat Terawikh

3.1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam
lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan
atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

3.2 Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3.3 Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini
sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja
supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20
rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali
takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

3.4 Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala

3.5 Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain
juga.

3.6 Solat Witr

1. Sembahyang Sunat Witr

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr
selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara
berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat
yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan
jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.
Reade more >>

Thanks to my dear..
















Lama dah aku x update blog aku ni.. Kali ni just nak citer pasal peristiwa masa hari lahir aku hr tu (10.08.2009) .. Rasa macam dalam wakenabeb plak.. Hehe.. Biasalah, tiap kali b'day aku m'datang, aku x expect pun ape2 kejutan pun, or even m'harap hadiah dari sesaper.. Kalau sesiapa yg wish kat aku hari tu, dah cukup syukur dah sebab die nak ingat kat aku.. Paling kuat pun, my dear sorang tu jelah yg bagi hadiah.. Tapi kali ni, mmg lain sikit.. Hehe, mana tak nyer, awek aku boleh plak b'subahat dengan kawan aku.. Ari tu, kawan aku Si Piji (terer b'lakon) b'ia2 nak suruh datang umah die... Dalam hati aku, eh xkan bdak2 ni baik sangat plak nak smbut b'day aku.. Hehe.. Tapi, yg disangka macam jadi kenyataan plak.. Tengok2 die balik bawak kek.. Secret Recipe tu.. Mahal siot kek ni.. Aku tanya siape beli, die kata Omar.. Biar betul, baik benor bdak2 ni.. Hehe, bukan kata member2 aku ni jahat, tapi time2 ekonomi x menentu ni, xkan baik benor plak nak beli kek tu aku.. mahal plak tu..

Hehe, dalam keadaan aku yg masih t'tanya2 tu, aku pun msg awek aku, kata member belikan kek.. Aku tengok kat kek tu tulis "Selamat Hari Tua Sayang".. Eh, xkan diorang ni b'syg2 plak ngan aku..nak sedapkan hati, aku pikir mgkin diorang amik dari lagu lagu "selamat hari lahir sayang..." tu kot.. Pas dah siap makan 1 slice, tibe2 aku dapat msg dari awek aku "dia tau ke siapa yg belikan kek tu?" T'kejut aku masa tu... Yelah mati2 aku igt member aku belikan.. Rupanya awek aku... Nasib die t'salah hantar msg kat aku.. Kalau x, smpai esoknyer aku x tau.. hehe.. X tau nak rasa pe masa tu, gembira ada, t'haru ada, malu pun ada kat gf aku.. Yelah, sape yg sangka, die kat Pahang nun sana, boleh plak subahat ngan member aku.. Pe pun, terima kasih lah yer.. Susah2 jer.. Biasa aku boleh baca kalau org nak kenakan aku, hehe tapi kali ni, mmg wa kena beb.. (memory di 10 August 09)
Reade more >>

Monday, July 27, 2009

ASB ?? HALAL atau HARAM??


Tiba2, hati aku tergerak tuk tau status pelaburan ASB ini sebab ada yg mencadangkan aku masuk pelaburan n.. Rupanya memang dah lama benda ni di hujahkan.. Bagi yg dah melabur tu, mestilah berat hati nak tinggal dan cuba tuk menghalalkan.. Aku bukan lah seorang yg cendekiawan, ilmuan or ape je yg boleh dijadikan rujukan..

Tapi aku seorang yg waras yg mampu membezakan antara yg halal atau yg haram.. Dalam hal ini, aku cuba kembali kepada perkara yg basic seperti yg dah di beri tahu oleh Imam Al Ghazali yg juga menjadi pegangan dalam hidup aku, iaitu sesuatu perkara itu, kalau kita rasa was2, hendaklah kita tinggalkan...Tapi adakah bila kita yakin, kita perlu teruskan?? Dalam hal ni, tuk menentukan keyakinan kita, kene lah kita buat kajian sikit.. Senang jer, type je lah kat dalam Google or Yahoo, bacalah segala komen dan perbincangan tentang hal ni..

Pada. aku banyak lagi perlaburan yg halal.. Kenape ASB gak kita nak masuk?? Mestilah sebab kadar faedah die banyak kan? Macam mana ASB boleh bagi faedah yg banyak berbanding dengan pelaburan-pelaburan yg lain? Untuk persoalan ni, korang boleh baca secara detail tentang pengakuan seorang pekerja yg bekerja kat Syarikat Investment kat sini (Pelaburan ASB..Halal atau Haram)

So, kalau x boleh, org Melayu@Islam nak masuk pelaburan pe? Ada yg mencadangkan kita beli emas.. Seperti yg kita tau emas ni harga xkan jatuh.. Ntahlah, aku pun bukan seorang yg pandai melabur, tapi aku sentiasa ingat kata2 lecturer aku.. die kata " Dalam dunia yg bulat ni, satu2 nya perlaburan yg paling secure or selamat adalah Pelaburan Property", macam beli rumah ke, tanah ker... Ada jgak fatwa yg dikeluarkan oleh negeri Perak mengatakan ASB ni harus, atas alasan untuk kekuatan ekonomi sesuatu komuniti.. dalam hal ni, aku x berani nak komen ape2.. Aku terbaca kat satu forum yg di buat oleh Ustaz Zaharuddin yg banyak buat kajian pasal ASB ni.. Menurutnya, fatwa yg mengharuskan ASB ni adalah yg dikeluarkan oleh negeri Perak dan Sarawak shaja, yg lain dari tu mengatakan haram.. Daripada situ, kita dah boleh bt penilaian.. Ada jgak yg mengatakan ASB sekarang dah bersih.. Sejauh mana bersihnya, aku pun x tau.. hehe..

Isu ni agak berat tuk aku kupas sebenarnya, sebab ia menyentuh banyak pihak.. Namun islam mengajar kita, BERANI kerana BENAR, dan ISLAM ITU MUDAH sebenarnya.. Rezeki yg Allah bagi kat kita melimpah ruah, terpulang pada kita nak yang HALAL atau TIDAK.. Kita nak kaya raya sangat nak ke mana??? Dari sudut lain, memang lah penting tuk menjamin kedudukan ekonomi bangsa aku ni.. tapi banyak lagi cara lain tuk menaikannya.. dah dikatakan Perniagaan tu 9/10 daripada pintu rezeki..tapi lumrah Alam..manusia itu sentiasa menginginkan "HASIL" yg besar dengan usaha yg sedikit.. Entahlah.. Yg aku tau, aku takut dengan Azab di alam "sana".. daripada aku berteka teki dengan hal ni, baik aku menjauhinya.. Wallahualam...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG STATUS ASB rujuk disini...

HUKUM ASB-oleh USTAZ ZAHARUDDIN
Reade more >>

Saturday, July 18, 2009

Jom Belajar Al-Quran..

Dalam kesibukan kita dengan dunia yg hanya sementara ni.. Marilah kita luang kan masa sedikit mencari bekalan untuk akhirat dengan belajar membaca Al-Quran yg merupakan mukjizat yg di turunkan kan oleh Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad swt. So, kat sini aku nak share ada satu software yg b'guna untuk kita belajar membaca Al-Quran..



  1. download dulu main program die Learning Al-Quran
  2. kemudian install di dalam pc anda
  3. dah install, ok sekarang anda boleh download surah2 pilihan yg anda inginkan di sini Surah-surah
  4. Dah siap download, sekarang boleh lah pakai... Free jer.. xpayah beli key atau password.. Selamat belajar.. Jazakallah
Reade more >>

Friday, July 17, 2009

Menu Menarik di k850i anda..


Note : Jangan lakukan tutorial ini tanpa melakukan tutorial yg lepas terlebih dahulu..

Disebabkan ada permintaan dari viewer, maka aku update tuk tutorial yg lepas tuk masuk kan flash theme di dalam handphone k850i.. Sebelum tu kita review balik tutorial yg lepas, secara basic nya, setiap hp Sony Ericsson ada firmware tersendiri di dalam nya dimana ia mempunyai limit tersendiri.. disebabkan itu walaupun anda tukar theme macam2 pun, menu hp anda akan tetap sama dan memboringkan.. hehe.. So, untuk unlock, terdapat lagi 2 file yg perlu di masuk kan iaitu FS file dan custom file.. Jadi file2 ni lah yg kita dah masuk kan untuk tutorial yg lepas..

Sekarang, tutorial yg terbaru ini adalah untuk memasukan flash theme yg boleh mengubah menu hp anda.. Secara general, tutorial ini juga merupakan basic untuk upgrade camera driver, dan sound driver.. Supaya camera anda lebih mantop dan sound lebih sedap didengar..


Flash menu file terdiri dari SWF file contohnya Citybeat.swf dan kalau theme, filenye akan berakhir dengan .thm, jadi SWF file ini lah yg kita nak copy dan masukan dalam system hp anda..

Untuk access File System (FS) hanphone anda, kita memerlukan A2uploader software seperti yg telah dibincangkan pada tutorial yg lepas... (link tuk download ada di tutorial yg lepas)

Step 1- Memasukan flash menu file (.swf)
  • download flash theme.. dan extract.. Rahimi k850i theme
  • bukak A2uploader dan tekan File system tool.. Secara automatik software ni akan tunggu hp anda tuk di detect.. (note: ada antivirus yg akan detect software ni sebagai virus, antaranya seperti AVG, tapi sebenarnya tak der aper.. so dun wory).. So kalau detect, korang kene set kan exception kat antivirus korang tuk software ni..
  • off kan hp, keluarkan dan masukan balik bateri hp.. tuk keselamatan.. keluarkan sekali memory card.. jangan on hp..
  • seperti tutorial yg lepas, cucuk kabel dulu kat komputer, then masa nak connect kat hp, tekan "C" lama2 sambil connect cable ke hp.. sampai keluar macam gambar kat bawah ni.. (tekan gambar tuk besarkan)









  • Ok, sekarang A2uploader dah ditect hp anda.. Anda akan lihat macam2 directory yg ada dan tuk masuk kan SWF file, tekan "tpa/preset/system/desktop/flash"
  • Ok, sekarang kita dah berada dalam folder flash.. kat sini lah kita nak masukan SWF file.. Bukak balik file yg ada flash theme seperti yg kita dah download td.. cari file yg hujung die ada (.swf) dan drag masuk ke dalam folder flash di A2uploader seperti gmbar di bawah..











  • Ok siap je anda drag masuk file tersebut, tekan "Shutdown FS Manager".. Ini penting, kalau x tekan, xder effect nanti.. Dah tekan, anda boleh "unplug" hp anda dan keluarkan bateri dan masukan balik... Jangan lupa memory card sekali...

Step 2- Memasukan Theme file (.THM)

Ok, tadi kita dah masukan SWF file dimana file tersebut hanya untuk ubah hp menu sahaja, sekarang kita kena masukan theme file plak.. Senang jer, macam masuk kan gambar atau lagu dalam memory card hp anda... Nak masukan pakai cable pun boleh, nak pakai card reader pun boleh, tapi make sure masuk kan dalam folder theme lah.. senang ti nak cari.. Ok.. Sekarang dah siap.. Pergi dekat theme dan set kan di hp anda... Sekarang hp anda pasti akan kelihatan lebih mantop dari org lain punya.. hehe..

Upgrade camera driver


  1. Download A2uploader and extract it. Install ggsetup-2.2.0.1.exe.
  2. Execute "a2uploader.exe" and select "FileSystem Tool".
  3. Switch off the phone, remove the battery and re-insert it. Hold down "C" button on the phone then connect it to the PC through USB cable (do not release the "C" button yet!!)
  4. Until a2uploader finish loading the phone and says "READY", then only release the "C" button
  5. Go to: ifs > settings > camera
  6. You will saw 2 files named: "camdriver0.dat" and "camdriver1.dat"
  7. Just drag the modded "camdriver0.dat" you downloaded from the above into a2uploader.
  8. After the file is uploaded, then press the "Shutdown FS Manager" (Very imporant, after you finished uploading files to the phone FS you should click Shutdown FS Manager. Other wise all changes made will be lost.)
  9. Close the a2uploader then remove the USB Cable from the phone.
  10. Switch on your K850i and start taking pictures!! DONE!!
  • source (http://forums.se-nse.net/index.php?showtopic=39126)

Upgrade Sound driver


  1. Download A2uploader and extract it. Install ggsetup-2.2.0.1.exe.
  2. Execute "a2uploader.exe" and select "FileSystem Tool".
  3. Switch off the phone, remove the battery and re-insert it. Hold down "C" button on the phone then connect it to the PC through USB cable (do not release the "C" button yet!!)
  4. Until a2uploader finish loading the phone and says "READY", then only release the "C" button
  5. Go to: tpa > preset > custom
  6. Drag the .xml file you downloaded from the above into a2uploader
  7. After the file is uploaded, then press the "Shutdown FS Manager" (Very imporant, after you finished uploading files to the phone FS you should click Shutdown FS Manager. Other wise all changes made will be lost.)
  8. Close the a2uploader then remove the USB Cable from the phone.
  9. Switch on your K850i and start listening songs!! DONE!!
  • source ( http://forum.lowyat.net/topic/1014879)
WARNING!! Do it on your own risk!
Reade more >>

Saturday, July 11, 2009

Bermulanya Sem 5...


Lama dah aku tak update blog aku ni.. Kejap jer masa yang tuhan bagi, tup2 aku dah berada di sem 5 sekarang ni.. I'allah, tinggal lagi satu sem jer dah nak habis dah pengajian ijazah di uitm tercinta ni.. Macam biasalah.. setiap kali naik sem, terpaksa lah aku bergelut tu mendapatkan tempat tinggal kat kolej.. Biasalah, tempat sikit, student nye ramai.. kenelah macam tu.. Sem ni, terpaksalah aku tunggu rayuan, sama ada di terima atau tidak.. Mudah2 dapat lah hendaknya..

Sem ni jugak, x tau lah kenape, kos aku boleh kena pindah plak kat fakulti org lain tuk memenuhi kekosongan yg ada di Fakulti Business ni.. So, terpaksalah berpindah dari Fakulti Seni Bina ni.. hm, terasa gak jauhnyer, dengan parking yg terhad.. Tapi kalau naik motor x der hal.. ok jer.. Namun, syukur lah, dari kena pindah kat Puncak Alam lagi lah payah.. Kalau dulu senang jer nak cari buku kat library, sekarang dah susah sikit lah.. X perlah, nak buat macam mana dah itu aturan nya, kenalah terima... Itu smua bukan alasan kan nak berjaya..

Macam biasa, setiap kali sem baru, azam pun baru.. hehe.. Azam aku tu, biarlah rahsia, yg pastinya mestilah nak naikan pointer.. Harap2 dapat lah.. Bila time macam ni, aku masih ingat kata2 cikgu ekonomi aku waktu form 6 dulu, Cikgu Zanariah yg sentiasa jadi pegangan aku.. die kata " Kalau nak sesuatu yang besar, Pengorbanan nyer kenalah besar jugak.." Walaupun nampak simple jer, tapi makan dalam gak.. Per pun, harap sem ni azam aku tercapai... Gambate kudasai!!
Reade more >>

Friday, June 26, 2009

Sebuah kisah sedih… Cintai dirinya..

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati
dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan
sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan
penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan
berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat.

Kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang
berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan
dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenangnya.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku
pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah
ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat
kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan
lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,peliharalah
shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangisan mulai
terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di
wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii…" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada kita. Sampaikan kisah ini kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin...
Reade more >>

Wednesday, June 17, 2009

Anti Virus.. MANTOP!


Salam.. Ari ni, aku nak share sesuatu yang berfaedah dan teramatlah pentingnye tuk komputer anda iaitu Anti Virus.. Benda ni memang sentiasa mendapat permintaan daripada member2 aku.. Hehe, yang tak boleh blahnyer, terutama gurl..Siap boleh beli tu.. Rasa macam nak suruh diorang bayar kat aku jer.. Kan boleh dapat free je.. Ada yg xnak beli, sanggup biarkan computer diorang xder Anti Virus.. Hehe.. Asal bahagia lah.. Nape guna AVG?? nape x guna Kaspersky(KAV), Avira, Norton or sbgainya??





  1. sebab die FREE dan licence sampai 2018.. Xnak ker?? hehe
  2. sebab die dah dilengkapi dengan antivirus dan juga internet security.. So all virus, cookies, and spyware dapat dinyahkan dengan sempurna..
  3. AVG ringan lagi daripada KAV, jadi time nak start up computer x lah lembap gila..
  4. Kalau yg xder internet tu boleh Update Offline jer.. Tp still kena pakai internet lah tuk download die punya update file tu..
  5. Tidak melecehkan, kerana licence die ni jarang kene blacklist mcm KAV
OK, xnak banyak cerita, download jer AV ni kat link dibawah..

1. AVG 8.0 installer
2. serial number


Segala pertanyaan boleh lah diajukan di bahagian comment di hujung kanan post ini.. Enjoy!!
Reade more >>

Tuesday, June 16, 2009

Rengit Parade..

Ari ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti aku pada pagi hari, di hari minggu... Hehe.. Location nye bukan di Rengit, tapi di sekitar kawasan Pasar Awam Batu Pahat.. Kenapa nama die Rengit Parade??? Hehe, nama ni family aku yang bg sebab barang2 tu dibawa oleh org2 kuala yang duk di Rengit.. Actually, ni bukan sahaja activity aku seorang, tp juga aktiviti family aku jgak.. Hehe, aktivitinye adalah mencari barang2 2nd hand yang berjenama lagi mantop dengan harga yang amat keterlaluan rendah + tidak masuk akal.. Banyak gak barang2 yg telah berjaya di beli oleh family aku.. Antara penyumbang terbesar, adalah Abg aku (Apis).. Hehe.. Peminat hardcore tu barang2 rengit.. Kalau biasa payah nak bangun pagi, tapi disebabkan barang Rengit punya pasal pukul 7 dah keluar rumah.. hehe.. Mula2, mak aku bising gak kat abg aku yg dikatakan duk ngutip barang yg dah dibuang org.. Sekali skrg, die lagi advance, siap tau hari bila org tu bawak brg baru.. Huhu.. Tuk makluman, ramai gak makcik2 yg cari brg kat sini.. terutamanya periuk, bantal bulu itik, carpet, mangkuk dan sebgainya..

Antara kejayaan paling besar adalah berjaya membeli Router Wireless jenama LINKSYS, dengan harga RM60 je.. Hehe, mmg berbaloi.. tuk makluman jenama ni, mmg mahal di pasaran.. RM250 lebih kurang.. Disebabkan itu, rumah aku telah dilengkapi dengan Jaringan Jalur Lebar Tanpa Wayar..hik3.. juga lebih dikenali sebagai WIFI.. Sesuai dengan keadaan yang mana masing2 ada satu laptop tuk guna internet.. Yg terbaru Radhi(adik) berjaya membeli speaker ALTEC LANSING dengan harga RM35 je.. try tengok kat pasaran berapa harga speaker berjenama ni.. x mampu nak pakai kalau beli baru.. hehe.. Kualiti mmg tip top.. Macam kat wayang dah kat umah aku tu.. Tapi jaga2, boleh gian beb.. mana tak nyer, kalau dah dapat beli barang baik dengan harga murah, mestilah teringin nak cari lagi kan..hehe

Kat sini, barang pelik2 pun boleh jumpa... Dikatakan, asal barang ni adalah datang dari Singapore..dengar kata, org Singapore ni kalau nak pindah umah, die buang je barang2 lama, sebab kos nak sewa lori mahal.. hehe x taulah.. Disebabkan itu, orang2 Kuala or org Asli yg mendapat keistimewaan daripada Sultan Johor, memberi permit hanya kepada golongan ini untuk mengambil barang2 tersebut... Yang pastinya barang2 Singapore mmg berkualiti.. Cakap banyak x guna.. tengok jer lah barang2 yang aku sempat amik gambar tuk minggu lepas ni..

Reade more >>

Monday, June 15, 2009

Rumah Atuk ku TRANSFORM..











Bersempena dengan cerita TRANSFORMER 2 yang akan keluar 24hb Jun nanti (mesti tengok kat wayang ;D), Jadi atuk aku pun tak nak ketinggalan men'transform'kan rumahnyer agar menjadi lebih mantop dan mengghairahkan cucu2, menantu dan anak2nyer untuk datang ke rumah dier..hehe.. Actually xder lah transform mana, Just, cat baru jer..haha..

Credit tuk KONTRAKTOR Faiz dan sub cont die (Radhi, Farid dan his friends-Qayum) yang sanggup amik tender cat umah atuk.. hehe.. Jadi cucu kesayangan atuk ar pas ni.. Aku? Hehe, disebabkan aku practical, so ari minggu jer lah tolong sikit2.. Banyak gak cerita yang aku dengar dari Faiz(cousin).. berkenaan dengan atuk yang komen cara die cat lah, warna x berkenan lah, die ingat faiz tu akulah, dan sbgainya.. Hehe, tu lah.. jangan main2 dengan atuk aku ni.. TAIKO bab tukang menukang ni..jangan ingat leh wat cincai je.. hehe.. Yang x tahan, atuk aku kata kos cat rumah die tu di tanggung oleh anak Ayah Uda(pakcik aku) ..hehe, padahal die yang bagi RM1000 kat makcik aku.. Ntahlah..

Per pun, hope keluarga Tok Cai pas ni kan lebih ceria, dan selalu lah jengok2 atuk di kampung tu.. Itu jelah satu2nya atuk aku yang tinggal.. Tanx tok belanja kita orang makan durian.. hehe
Reade more >>

Result Exam...

Lama dah x update blog aku ni.. Kali ni ada sesuatu yang nak aku kongsi disini.. Aku x tau nape, yang pastinye, ntah kenape aku x rasa b'debar or excited lgsung nak tggu result exam kluar .. Ada kah disebabkan aku dah pasrah or tahap tawakal aku dah sampai tahap membanggakan?? Ntahlah.. yang pastinye, aku tau aku dah buat yang terbaik waktu exam aritu.. Semua keringat telah aku curahkan semata-mata tuk naik kan CGPA aku yg dah 'tergelincir maut' sem lepas.. Sakit beb nak naik kan balik...

Terdapat khabaran mengatakan Result keluar 11hb Jun 2009.. Seperti yang di khabarkan memang result keluar tarikh tu..tp seperti yang aku jangka, data system uitm akan 'mengong' waktu-waktu kritikal macam ni..hehe, dari pagi hingga ke petang.. rupanya malam baru boleh tengok.. Itu pun berape kali gak aku duk me'referesh' jer mozilla firefox.. Lepas jer aku masuk nombor pelajar and nombor IC... LOADING.............................. 1st kali, biasa kalau aku cek result, aku akan cek kan bahagian status, sama ada LULUS kosong je atau pun ada LULUS yang panjang sikit..hehe..

Alhamdulillah....aku dapat lulus yang panjang sikit..iaitu LULUS (Anugerah Dekan)..Hehe.. Yeah... Rasa puas gila, dah penat2 usaha.. dapat tengok perkataan tu.. berbaloi beb.. hehe.. Walau pun dekan cukup2 makan dan CGPA naik 0.01 jer.. Tp kira syukurlah tu, daripada turunkan.. Per pun azam sem depan kena ar naik kan lagi CGPA aku.. Mudah-mudahan dapat lah hendaknya.. Amin.. Nampaknya, dah kena start puasa nazar lah aku secepat yang mungkin.. Thank You ALLAH..
Reade more >>

Sunday, June 7, 2009

How to flash Sony Ericcson K850i




















2,3 hari ni.. Internet lah yg jadi peneman aku.. Hehe.. Bkn pe, smua family aku, pergi P. Redang.. Tgglkan aku sorang2 ni yang terpaksa x pergi, sebab praktikal aku x habis lagi.. Di sebabkan itu, aku pun modified skit lah hp aku K850i ni.. Sebenarnya aku nak share skit cara2 nak modified hp jenis ni.. (KHAS untuk handphone jenis A2 sahaja-reffer jenis2 hp A2 di akhir post ini)

Pendahuluan..
Biasa nye semua hp sony ericcson yg belum modified system die, kira ori lah, dinamakan sebagai BRANDED. Bg branded phone ni, die dah restricted supaya x boleh ubah die punya sytem(called FS-File system). So, korang akan hanya mampu tukar theme die shj tanpa dapat ubah die punya menu ikon. Jadi boring lah, pakai icon menu yg sama je.. Kita nak yg boleh gerak2 macam ni..

















Jadi, tuk buat menu(flash menu) macam ni, hp anda kene di "UNBRANDED" kan dulu.. iaitu ubah die punya FS(file system) supaya segala had yg menghalang tidak terjadi lg.. Tp cara ni akan membuatkan waranti hp anda terbatal.. Kalau nak ada waranti balik, kene mode balik pada yang asal.. So DO IT FOR UR OWN RISK! Kalau yg waranti dah habis 2 memang xde hal la.. Jd macam mana nk buat?

Keperluan :
  1. USB cable yg sesuai tuk cucuk hp kat kmpter XP. Kalau vista cr lain skit (aku gune cable DCU-60)
  2. Software.. iaitu
Cara-cara

STEP 1

1. Ok, sebelum ape2 hal, backup no.phone, picture dgn lagu yg anda nak (masuk kan semua dalam memory card)
2. Install USB flash driver> extract usb flash driver yg dah di download kat destination yg
anda boleh ingat, contoh:desktop or my document ke.. Kemudian :
  • switch off hp
  • keluarkan batery dengan memory card
  • masuk kan balik batery(memory card xpyh) dan jgn on hp
  • cucuk usb cable ke komputer
  • tekan dan hold 'C' atau bg yg xde btg 'C' (tekan button 1+2 ) dan baru cucuk port usb ke bhgian bawah hp..
  • Jgn lepas tekan 'C' sampai diberitahu
  • Perkataan "SEMC USB Flash Device" akan keluar di bhgian bawah kanan bar
  • Pastu akan keluar perkataan "Found new hardware wizard" dan keluar window tuk search driver..
  • PilihNo, not this timedan tekan "Next"
  • Then pilih "INSTALL FROM A SPECIFIED LOCATION(ADVANCED)", pastu pilih “Search for the best drivers in these locations”,
  • Next tanda pada“Include this location in this search” dan "browse(cari)" folder USB flash driver yg anda extract td dan click NEXT...
  • Tggu sekejap sehingga driver siap di'install..
  • Sekarang..bukak kat folder USB flash driver td, cari file "ggsemc.inf" file, click kanan kat file tu, dan tekan kat perkataan install.. (skrg br leh lpas tkan "C") Then siap.. dah blh cabut dah USB cable..
Hehe, tu baru siap install USB flash driver tuk bagi A2uploader boleh recognize..belum "UNBRANDED" hp lagi..

STEP 2 Unlocking Phone

Secara generalnye, DEBRANDing phone tidak membuat hp tu UNLOCK lagi.. Kalau x unlock, program A2uploader xkan boleh kesan system hp anda.. So kene unlock dulu k.. Tuk unlock, anda kene pakai SOFTWARE ni..
Tuk pkai software ni, kene register dulu tuk dapat kan username dengan password anda.. PERCUMA je..pastu:

  • Bukak program Aerix Tool
  • Switch off hp, cabut bateri dan masukan balik (tuk safety, keluarkan memory card skali)
  • Connect cable pd computer dulu, tekan "C" pd hp dan "HOLD", dan cucuk cable pd hp..
  • Lepas Aerix Tool recognize, tekan kat UNLOCK macam dlm gambar di bawah.. Masa yg akan diambil untuk unlock lebih kurang 2 minit.. Dah siap br lepas "C" then dah boleh cabut cable.. SIAP














STEP 3 DE-BRANDING PHONE

Ok, skrg hp anda dah di unlock, dan untuk debrand kan hp, terdiri daripada beberapa part :

PART 1
  • Bukak program CDA generator yg anda dah download awal2 td dan pilih model handphone dengan region(amik Asia) dan click "Generate XML file"
  • Anda akan mendapat file bernama "customize_upgrade" di dalam folder CDA generator, dan biar jer file tu dlm folder tersebut.
PART 2














  • Bukak software A2uploader, dan click "File System Tool"
  • macam biasa, off hp, cabut dan masukan bateri balik (tuk keselamatan keluarkan memory card sekali), tekan "C" dan jangan lepas semasa nak connect cable pada hp
  • JANGAN LEPAS "C" sehingga A2uploader recognize hp anda (lebih kurang 1 atau 2 minit)
  • bukak folder tpa/preset/custom (NOTE : bermaksud, tekan tpa dulu,preset dan seterusnya custom)
  • anda akan jumpa 2 file iaitu : "customize.xml" dan "preloaded_config.xml"
  • Click kanan kat 2 file tersebut, dan click "Read" cara ni akan BACKUP file system anda di dalam folder A2uploader..simpan dengan selamat file tersebut sbgai langkah keselamatan jika berlaku ape2 hal..(jgn tutup A2uploader)
  • kemudian cari balik file "customize_upgrade" yg dah dibuat kat PART 1 td..
  • dah jumpa, minimize kan window, dan bukak A2uploader balik, dan bkak folder tpa/preset/custom (oleh kerana kita dah bukak td, xpyah la cr lagi..hehe)
  • OK, skrg just drag file "customize_upgrade" masuk ke folder "tpa/preset/custom"
  • Skrg, click "Shutdown FS Manager", disconnect cable, cabut dan masukan balik bateri, dan on hanphone anda..
  • Tggu sekejap sampai hp anda stabil (tuk tau dah stabil x, bg hp k850i, pegi kat media, dan dia akan loading update seperti gambar,music dan video sehingga 100%)
Part 3

  • pastikan anda dah install "Adobe Flash Player" (kalau boleh bukak video kat You tube tu mksudnye dah install lah tu)
  • skrg install software SEUS dan ikut je instruction yg ada kat screen tu.. Software ni akan download firmware baru dan update kat dlm hp anda (sekarang firmware terbaru K850i adalah RIFA035...) Kalau nak check firmware pe pkai sekarang tekan kanan,*,kiri,kiri,*kiri*, then pergi kat kat software info. SEUS akan flash system hp anda mengikut file customize_upgrade yg anda dah masuk kan td.. Sebab tu masa kat CDA generator td kene pilih jenis hp dan region.. Kalau yg amik selain daripada asia tu, xder bahasa melayu lah dalam hp die..dan mungkin mengalami problem bhsa.
  • Kalau SEUS kata dah up to date, maka x payah lah up date lagi..dah siap dah
  • Ok, skrg dah siap proses DE-BRANDING.. tuk masuk menu yg menarik, akan di ajar di POST yg seterusnya.. nantikan.. hehe
Note:
  1. Cara ni aku dah praktikal kat hp K850i je, hp lain x try lagi(only for Sony Ericsson).. ia hanya tuk hp jenis A2 sahaje seperti : C510, C702, C901, C902, C903, C905, G905, G705, K630, K660, K850, K858, T700, TM506, V640, W595, W705, W715, W760, W890, W902, W908, W910, W980, Z750, Z770, Z780
  2. Pastikan bateri hp 80% keatas, kalau laptop, pastikan pakai cable power supply dan bateri (incase kalau tibe2 blackout ke, selamat lagi).. Dan jgn pkai computer yg lembab gila tuk mengelakan hang or stuck (WARNING: jika semasa proses Flashing hp anda berlaku hanya separuh jalan, ia akan menyebabkan hp anda rosak dan x dapat di on)
Tuk maklumat lanjut lawati :
1.Debrand A2/DB3150 Sony Ericsson Phone
2.A2uploader Tutorial
3.Install USB flash driver

Reade more >>

Link Anime..

Link ni aku provide special atas request member aku.. Die ngadu, kt u dia asyik kene blog jer.. hehe.. Actually ada jer software yg boleh by pass blocking website macam ultrasurf n aku dgr freegate pun boleh.. Tapi biasa aku pkai ultrasurf jer nak lepas dr web block uitm internet system.. hehe.. Jangan salah sangka plak, bkn aku nak guna tuk bkak benda x elok.. hehe.. Cma kadang2 tu nak bkak friendster xblh..

Ok, enough pasal 2.. Ni aku nak kongsi link ni.. tapi sbnrnye aku amik dari forum syok.org.. Kat situ macam2 ada.. So sape2 yg nak masuk, kene lah daftar dulu.. free jer.. Nak benda free, kenalah usaha sikit kan.. Dah lepas daftar, baru leh tekan link ni k..


Reade more >>

Tuesday, June 2, 2009

Recommended Laptop

Ari ni aku nak share pasal laptop Acer model yg agak baru lah.. iaitu model 4935.. Ari tu aku pusing2 kat court mamoth, ternampak laptop ni.. Tengok2, agak mantap gak.. Siap ada finger print identification tu.. Ram maximum blh sampai 4gb, sound die leh touch2 je, ala2 macam sensor gitu.. hehe.. Dan yg paling yg x tahan dah tentulah harga die.. RM2200 je.. Tu kat courth, kalau kat Low Yat dah tentulah lagi murah dan dpt mcm2 benda free lain..aku tgk RM1950 kat low yat.. Xpuas hati betul, dulu aku beli laptop mahal.. x dapat spec macm ni plak 2.. hehe Aku ada terbaca kat satu forum, die kata internet pun laju untuk model ni.. dan di recommend tuk amik model 4930 ke atas tuk acer.. Bukan nak promote tuk Acer, tapi mmg dah terbukti.. Ada testimonial dari 2 org penjual laptop, satu jual acer, lg satu jual Compaq.. dan terbukti org yg jual Compaq ni rugi sebab ramai pengguna claim warranty berbanding dengan yg jual Acer ni.. Haha.. Entahlah.. Tepuk dada tanya selera.. secara detailnya, tgk lah sp esifikasi model laptop ni...





Spesifikasi

Platform :
- Intel® Centrino® processor technology
- Intel® Core™2 Duo mobile processor T6400 (2MB L2 cache, 2.0GHz, 800MHz FSB)
- Mobile Intel® GM45 Express Chipset

Main Memory :
- 1GB DDR2 memory
-
Upgradeable to 4GB DDR2 RAM, using two soDIMM modules


Display :
- 14" HD WXGA CrystalBrite™ colour TFT LCD
- 1366 x 768 pixel resolution
- High-brightness (200-nit) Acer CineCrystal™ TFT LCD (Golden Ratio 16:9)

Graphics :
- Integrated Intel Graphic Media Accelerator

Audio Subsystem :
- Dolby®-optimized surround sound system with two built-in stereo speakers - Optimized 2nd Generation Dolby Home Theater®10 audio enhancement, featuring Dolby® Digital, Dolby® Digital Live, Dolby® Pro Logic® IIx, Dolby® Headphone, Dolby® Natural Bass, Dolby® Sound Space Expander technologies
- True5.1-channel surround sound output
- High Definition Audio support
- S/PDIF (Sony/Philips Digital Interface) support for digital speakers
- MS-Sound compatible
- Acer PureZone technology with two built-in stereo microphones

Storage System :
- 320GB HDD SATA hard disk drive

Optical Drives : DVD SuperMulti Double Layer Drive

Communication : - Integrated eSATA port Crystal Eye High-Def webcam with Acer PrimaLite™ - Acer Bio-Protection fingerprint solution - Modem: 56K ITU V.92 with PTT approval, Wake-on-Ring ready - LAN: Gigabit Ethernet, Wake-on-LAN ready - WLAN: Intel® Wireless WiFi Link 802.11a/b/g/Draft-N), featuring MIMO technology - WPAN: Integrated Bluetooth® 2.0+EDR (Enhanced Data Rate)

Power :- ACPI 3.0 CPU power management standard: supports Standby and Hibernation power-saving modes - 48.8 W 4400 mAh 6-cell Li-ion battery pack 3-hour battery life - Acer QuicCharge™ technology - 3-pin 90 W AC adapter - Energy Star 4.0

Special keys & control :- 88-/89-key keyboard with inverted "T" cursor layout, 2.5 mm (minimum) key travel - Touchpad pointing device with Acer Bio-Protection fingerprint reader1, featuring Acer FingerNav 4-way control function - 12 function keys, four cursor keys, two Windows® keys, hotkey controls, embedded numeric keypad, international language support, independent US dollar and Euro symbol keys - Empowering Key - Easy-launch buttons: WLAN, Internet, email, Bluetooth®, Acer Arcade™ - Acer MediaTouch keys: play/pause, stop, previous, next - Volume wheel

I/O Ports :- 3 x USB 2.0 ports - 1 x Acer EasyPort IV connector - 1 x ExpressCard™/54 slot - 1 x 6-in-1 Media Reader - 1 x HDMI™ port with HDCP support - 1 x Consumer infrared (CIR) port - 1 x External display (VGA) port - 1 x Headphone/speaker/line-out jack with S/PDIF support - 1 x Microphone-in jack - 1 x Line-in jack - 1 x Ethernet (RJ-45) port - 1 x Modem (RJ-11) port - 1 x DC-in jack for AC adapter

Warranty : 1-year limited local and international Traveller's (carry-in) warranty

Dimension & weight :- 340.4 (W) x 247 (D) x 22.9/42.3 (H) mm - 2.5 kg


Reade more >>

Perasmian Blog..


Hari ni, 02 Mei 2009, lokasi di Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor, time practical ni aku curi2 bt blog plak.. hehe.. Report practical tak 'd'jamah lgsung' benda ni plak aku sibuk buat.. Per pun aku saja bkak blog ni dengan harapan dapt share sesuatu.. Harap dapat memberi manfaat..

Aku Mohd Rahimi bin A. Rahman dengan lafaz bismillah.. merasmikan kan pembukaan blog ni.. ;p
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...